Saya Dengki.



Tak pernah terlintas di fikiran saya untuk ada kesempatan begini, menimba ilmu lagi, pada realiti kehidupan tidak bekerja, tidak ber'ada', dengan anak-anak yang masih kecil. Allah knows better tentang sesuatu di hadapan. MasyaAllah. Seronok betul rasa. Mungkin bagi sesetengah orang, biasa je ni. Huhu Tapi bagi saya ni macam - wah best nye. Sebab tak mungkin selalu dan ada kesempatan macam ni lagi. Mungkin. Kecuali tiba-tiba dapat duit yang sangat banyak, antara benda yang saya ingin buat adalah sambung belajar. Terasa kecilnya diri ini tanpa ilmu. Mungkin juga saya menilai ilmu pada cert, tapi kan semua orang menilai orang berilmu melalui certificate apa yang dia ada ?


Kalau tidak ada degree, master, phd. Lebih baik dok diam dan jangan cakap. Cakap sikit, senyum. Cakap angguk senyum lagi. Serupa patung. For those yang ada something, Alhamdulillah. Seronok jadi anda. Berusaha untuk bahagia dan membahagiakan dengan apa yang kita ada. Hanya itu yang akan memberikan kita kepuasan dalam kehidupan.


Saya tak dengki. Eh. Saya dengki. Saya dengki dengan orang yang "ada". Ada ilmu, ada kesempatan, ada duit lebih dari saya. Tapi Alhamdulillah, saya tak busuk hati. Saya berdoa dalam hati semoga apa yang semua orang ada tapi saya tak ada, di tambah dan di beri lebih lagi. Mudah-mudahan saya ada rezeki juga - tunggu kadar waktu dan kadar quantiti yang Allah beri. Saya bersyukur dan saya harus terus begini. Bersyukur. Baru rasa tenang. Masa saya untuk ke arah itu, mungkin, sudah tidak ada. Apa yang saya ada sekarang adalah anak-anak penyambung warisan. Untuk saya bimbing, saya didik dan bentuk semoga mereka menjadi anak solehah, lebih baik dari semua segi dari mamanya. Kalau boleh, berjaya di dunia dan di akhirat. Sekarang saya tidak mahu tekan mereka. Tapi saya akan bagi yang termampu untuk kehidupan mereka kelak.



Ilmu ada di mana-mana, kadang berbayar, kadang free of charge. Jadi take chances. Kalau ada kesempatan pergilah walau berbayar. Tapi pastikan lah yang mampu kita bayar.hehe. Betul kan? Saya seronok sangat dapat ilmu sedikit dari Public Speaking Course ni. Walaupun begitu. hahaha. The more I learned, The more I don't know. Seriau pun ada nak tulis dalam english selepas masuk course ni. Malu. :p Kalau rasa boleh bercakap dengan baik depan khalayak ramai, cuba lah public speaking. Memang hilang kelu seribu bahasa. Orang yang suka cakap jadi suka diam. Hehe.


Tapi kawan- kawan sebaik-baik ilmu, ilmu itu sedap bila dikongsi. Semoga kita sama-sama dilimpahkan ilmu yang dapat membawa kita kebahagian dunia dan akhirat. Amin...