Gergasi, Tolong La Jujur Sikit.


Adik : Mama, adik nak barbie..
Mama :No no adik, dah beli barbie mermaid kan ...
Adik : Alaaaaaa....
Mama : Buku saja okay ?
Adik : okay...

Picture: Sambil menunggu giliran untuk bayar.


Hujung minggu untuk minggu lalu agak OKay, walaupun Encik HH sibuk dengan aktiviti dalam pengkalan. Sempat la juga menonton wayang Battleship yang sangat superb (kata kawan saya) - dan saya bersetuju dengan "superb" itu. Husband kata,"baru rasa semangat sikit jadi Navy...". Betul dalam benak hati saya. Sememangnya cerita-cerita perang berunsurkan Navy tak banyak, boleh dikira. Kebelakangan ni, saya dan husband, suka layan cerita perang atau action movie.

Dan sempat juga kami top up alatulis di rumah, untuk saya, husband dan anak anak. Beli buku kerja untuk anak-anak, se buku dua, color pencil, envelope, celotape, fail. Oh ye, saya ada beli hanger. Hanger ni macam penting sangat untuk rumah saya sebab kain yang sangat melambak dan berguni-guni (perumpamaan saja). Ia TIDAK BERTANDA HARGA, tapi ada tulis besar-besar RM8.99 untuk 20 hanger. Saya tidak sedar yang saya tertipu sendiri, grap saja. Bila sampai kaunter bayaran, RM15.99 pula harganya. Saya tanya pada cashier tu, "eh, kenapa harganya lain dari harga yang giant letak di sana?" Dia senyum je (nasib baik dia senyum), sambil jawab, "kalau kakak nak cancel, saya boleh panggil supervisor". Saya sudah beratur selama 20 minit, dan untuk menunggu lagi supervisor untuk datang dan cancel harga lagi, "tak apalah" ... tapi dalam hati terasa tertipu dek Gergasi.

Bukan berkira, kan ke bagus ada tanda harga yang betul. Even color pencil anak saya pun tidak bertanda harga. Mereka harapkan kod and kalau customer nak tau harga boleh scan di scan machine yang jauh gila. Nasib baik tak terambil color pencil LUNA 48 batang idaman Nana. Nak tahu harganya bila saya pegi check ? RM 62.90.

Naik gaji, tapi kehidupan tetap sama. Sedikit ringin, terima kasih. Tapi masih belum boleh bernafas lega. Untuk asas alhamdulillah. Jadi apa-apa pun, Alhamdulillah :)