Bersamamu; Amir Dan Imran ~


Kalau kawan-kawan ada menonton tv3 bersamamu (edisi 9 mei), which is last night. I am proud to say that this is one of my cousin. Abang Mazlan Mamat. We relate by our father, both our late father is siblings.


Kalau melihat penderitaan anak-anak mereka Amir dan Imran, memang tak sanggup kita memikirkannya. Berat mata melihat, berat lagi bahu yang memikul. Tapi percayalah, kasih ibu dan bapa memang tidak ada galang gantinya.


When they was a little boy, Amir dan Imran masih mudah di jaga, dan penyakitnya tidak sehebat ini. Imran (adik), boleh bangun sendiri dan rebah, manakala Amir memang sedari kecil, tidak mampu berdiri sendiri.


Kebetulan, siaran bersamamu minggu ini adalah hari ibu kan? Bila melihat kak nab, melihat kecekalan, kasih sayang, kehidupan yang dilaluinya selama hampir 2 dekad, Saya malu nak sambut hari ibu... sebab saya rasa kak nab adalah contoh ibu yang sebenar. Menerima anak-anaknya seadanya, redha dan cekal dan tabah."Ya Allah, sungguh saya kagum dengan kekuatan hatinya yang telah kau berikan. Berikan lah ketabahan dan kau berilah lagi kekuatan itu padanya."


Pada yang berminat untuk menyalurkan bantuan dari segi kewangan, bolehlah berhubung dengan mereka pada:

Mazlan b. Mamat,
No Akaun BSN :0510041000215792 (giro-i)

atau bolehlah menghantarkan bantuan pada alamat,


1658 Jln RJ 2/7,
Fasa 2,
Taman Rasah Jaya,
70300 Seremban.

 Tel: 012-6117260 

-sepanjang saya mengenali Abang Lan, dia sgt pemurah. Dia dulu adalah askar melayu. Kalau dia ke Labuan dia mesti belikan saya apa yang saya mahu. Kalau tidak berkesempatan, dia pasti kirimkan duit melalui pos berdaftar. Saya masuk Universiti, Abang Lan, hadiahkan saya jam elektronik ber-alarm dan beradio. Saya masih simpan. Saya masih pakai. Saya mendengar IKIM setiap hari melalui jam radio itu. Terima kasih Abang Lan-


Mungkin saya bukan jutawan yang mampu memberi duit yang diperlukan. Saya juga bukan Tuhan untuk mencaturkan sesuatu yang berlainan untuk membalas kebaikan,  Tapi saya sentiasa berdoa semoga Allah S.W.T memberi kekuatan kepada mereka sekeluarga. Dimurahkan rezeki. "Semoga Allah juga memberkati rezeki dan usaha saya untuk membantu mereka. Buka pintu rezeki saya untuk saya salur pada mereka Ya Allah. Amin amin amin Ya Rabbal Alamin.... "