Tips Untuk Berubah - Bertudung

 Surah Al-Ahzab, Ayat 59 Allah berfirman:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ  
غَفُوراً رَّحِيماً

 “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya (bermaksud: baju gaun yang labuh, yang menutup kepala, muka dan dada) ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Ada sahabat berkongsi masalah dengan saya, masalah berkaitan tudung. Belum bersedia. Tidak mahu bertudung kerana manusia. Dan biarlah bertudung kerana Allah Taala.

Pada akal, dan pada realitinya ramai yang bertudung, tapi perangai serupa tidak bertudung, mengumpat dan menyakitkan hati orang, mengadu domba, merokok dan macam-macam lagi. Tapi saya ada mendengar seorang pemanggil di siaran IKIM FM ketika Prof Dr Muhaya menyampaikan kupasan mengenai ini;

"Tudung adalah syariah, agama menuntut untuk kita menyempurnakan pakaian, manakala perangai itu adalah akhlaknya. Jangan salahkan tudung kerana perangai yang tidak betul".

Sebaiknya, baik pakaian, baik pula perangai. Itulah sebabnya bila kita melihat cermin, ada doa yang baik untuk baca,


"اللّهُمَّ كَمَا حَسَّنْْْتَ خَلْقِيْ فَحَسِّنْ خُلُقِي
“Ya Allah Ya Tuhanku sebagaimana Engkau telah memperelokkankan kejadianku , maka hiasilah budi pekertiku dengan akhlak yang baik”.

Saya sendiri bukan seorang yang baik sangat. Banyak lagi ni nak diusahakan. Tapi marilah kita sama-sama "Buat yang betul, dan betulkan yang salah".


Tiada persediaan khas untuk bertudung, mungkin ada sedikit tips dari saya yang sekarang baru belajar untuk membetulkan diri.

1. Berkawan dengan orang yang baik-baik yang dapat membantu kita dalam perubahan diri kita. Bukan senang untuk cari "mereka" ni, tapi banyak-banyak berdoa pada Allah Taala, di kuatkan semangat untuk berubah dan semoga Allah Taala memberi hidayah dan petunjuk.

2. Kalau belum bersedia, apa kata, beli la tudung sedikit demi sedikit.

3. Mula pakai di majlis rasmi. Lama kelamaan, perasaan biasa tu akan datang.

4. Beli majalah muslimah, dan lihat fesyen2 bertudung, dan cuba yang sesuai dengan diri sendiri.

Sebaik-baiknya, berubah terus untuk Allah Taala, pedulikan apa orang lain nak kata. Tapi kalau belum lagi, cuba la tips di atas, mana tahu Allah permudahkan jalan kita untuk mencapai ketinggian dunia dan akhirat. Ingat Iman tak dapat di warisi, tapi pekerti yang baik itu jadi tontonan, contoh dan ikutan kepada anak-anak kita.


Wallahualam.





Wordless Wednesday