Cerita Di Pagi Buta

4.26 pagi

Sangat rare saya bangung pagi buta untuk update blog. Tak tau tiba tiba terbangun, perut rasa sakit nak ke toilet. Ni akibat makan banyak sangat la kot. Semalam birthday boy nak makan Yong Tau Foo .. well Yong Tau Foo it is.


Alia makan satay and Nana makan mee sup. Dia dah terlalu rindukan soto di KK. Orang sabah, kalau tak hantu soto memang tak sah. (hehe ntah² kami ke kot macam ni). Mungkin juga sebab waktu mengandungkan 2 budak ni, mama dia gila makan soto. 




Saja je tepek gambar anak² mandi swimming pool tadi petang. Aktiviti petang kami di sini petang² ialah mandi swimming pool. Maknye tak lah berendam serupa badak sumbu nanti, hahaha, tak senonoh je rasa. Temankan anak² je. Sambil² berehat baca buku ala² mat salleh kan... hahaha budget caucasion sebentar .. hehehe... 


Walaupun duduk berehat di tempat yang tenang lagi jauh dari keletihan, hati ni sentiasa juga merasa sesuatu. haish .. memang kena bercuti lebih jauh nampaknya. Rasanya kena bercuti ala² london ke.. umrah lagi bagus.. hahaha.. nak balik kampung pun berfikir 10 kali, nak pegi london...? berangan ... hehe..


Oklah, tengok bola lagi baik dari dok berangan. Tapi kesal sungguh tengok Germany ni. Dengan Italy pun leh kalah. Nak Ballack masuk padang jugak nampaknya. Ops thats it... Italy vs Spain lak lepas ni. Go Spain Go la pulak lepas ni... hehe.. dah dah.. aku nak stop dah ni... Selamat pagi semuaaaaaaa.............