Random : Nana and Alia


Assalamualaikum...
Beginilah rupanya Nana and Alia sekarang. Dan besar dah anak-anak saya. Masing-masing dah pandai nak pilih baju raya sendiri, kasut raya sendiri. Bukan masa hari raya saja, baju hari harian pun dah pandai nak minta pakai baju ini itu. Terutama yang si cilik sorang tu. Sabar. Menang kena banyak sabar.



Bermula semula

Assalamualaikum...
Memang dah lama sangat tak update blog. Sebab tak ada internet line di rumah kan.. nak pakai telefon .. hehe. Semangat agak kurang skit. Ni sekarang dah guna streamyx, semangat untuk aktif dengan blog datang semula. Alhamdulillah.

Selamat berpuasa semua. Sedar tak sedar dah lebih 2 minggu kita dalam bulan Ramadhan. Macam mana dengan Ramadhan kita tahun ni? Ada baik? Alhamdulillah. Mudah-mudahan banyak rezeki untuk beribadah dan membaca al-Quran.

Sebenarnya enjin baru start. Otak masih belum panas nak keluarkan idea apa nak tulis. Tambahan lagi, tak ada picture nak share. Oklah, Nanti ada idea, saya tulis ok? :)