Cucu angkat ....

Assalamualaikum... =)


Dirumah ni sekarang dah ada penghuni baru berdaftar. Kucing-kucing anak Chocho. Memang niat dihati, nak kembiri chocho, tak larat sebenarnya pelihara banyak. Tapi sudah terlewat. Soooo chocho sudah ternoda (hihihihi), akhirnya telah melahirkan 3 ekor anak kucing yang sangat chochomel. Tapi tak ada satu pun serupa dengan maknya... *_*



The only jantan in the cage. Kami kasi nama dia "mamat". :)


Ni gambar mamat lagi. Yang 2 ekor lagi tu betina. Belum decide lagi nama derang ;P


Sudah ada cucu saya .... ^_~

Biskut Tradisi, Tak boleh tak ada.

Assalamualaikum,

Projek usahasama dengan anak-anak buah semasa suami outstation. Niatnya memang malas nak buat kuih tahun ni. Beli je 2 jenis - tart nenas & semperit, nak beli murukku, sudah la kan? Tahun ni memang tak nak membazir dan beriya iya sangat. Normally, kalau tak beraya di sini, dan tak open house, memang orang tak datang bertandang pun... (Sebab kt sini ramai yang balik beraya di kampung).

Tadaaaa... Kuih Makmur -Resipi mak saya dari zaman dulu-dulu lagi.


Bahan-bahan :

1 kg Tepung gandum
1 tin 445gram Golden churn
2 camca kecil vanilla essence
1 biji telur

Icing sugar & susu tepung(nespray) - Secukupnya utk di salut selepas di masak di oven.

Cara-Caranya:

1. Sangai tepung di dalam kuali, sampai berwarna kekuningan atau cokelet2 skit..
2. Panaskan Mentega di atas api, sampai cair. (sejukkan sebentar)
3. Satukan semua bahan, gaul sehingga boleh di kepal2 bulat2 dan tidak berderai.
4. Bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 20 minit.


Gula icing + dengan tepung susu. (saya pakai susu Alia) hehehe..

dah masakkk... jadi kita salut dengan campuran gula dan susu tadi ...

Tadaaaaaaaaa...
hasilnya. Tak banyak pun. Bagi-bagi dengan anak2 buah. :)

Inilah hasil semalam.... :)