Ucapan Alu-aluan

Assalamualaikum, ~_^

Dah lama tak berceloteh tanpa gambarajah. Selalu nak ada gambarajah baru boleh keluar idea dari kepala. Kira kena ada pemangkin untuk update blog. tsk.

Musim raya-raya ni, saya tak aktif kan diri sangat. Masih berhibernasi, sebab puasa ganti tak abis lagi (nak kasi untung sikit, sambil-sambil ganti puasa automatik puasa 6). Lagipun, kalau nak dikira-kira hutang puasa saya sangat banyak, memang pantas la badan ini tak nak kurang-kurang kilometernya. hehehe Mana taknya ketika saya mengandungkan Nana dan Alia, memang complete 30 hari saya ponteng puasa. 1. sebab gastrik melampau. 2. Jiwa tak kental. Ikut perasaan manjakan diri ketika mengandung. Jangan ikut ye adik-adik yang mengandung. Seksa oo nak bayar puasa. Lagi satu, 1 hari berpuasa di bulan ramadhan, tidak akan sama nilainya berpuasa di bulan selain ramadhan. Berkat dan rahmat nya berbeza. Ingatan untuk diri sendiri.

Esok sudah bermula sesi persekolahan dan sesi perkerjaan bagi yang bersekolah dan bekerja. Selamat bersekolah anakku, dan selamat bertugas suamiku. Tak apa, suami ku bekerja dengan semangat ASUS baru. Haha.. Anak ku bersekolahlah dengan semangat sbab  seminggu 2 ni je sekolah lepas tu cuti percuma dari mama dan papa sebab balik Labuan selama 2 minggu. hehe..

Buat semua, Selamat berkerja semula ya...

nota kaki : Oh Office Dapur ku aku rindu padamu .... ~_^

Selamat Hari Raya 2012

08 Syawal - Assalamualaikum semua :)
 
Walaupun sudah lebih seminggu kita menyambut bulan Syawal, tak salah kot kan saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua yang sudi datang menyinggah di sini. Maaf takde kuih raya virtual. Kalau ada confirm letak buat rasa-rasa. hik...
 
Tahun ni saya menyambut syawal di Labuan. Girang tak terkata sebab dapat berhari raya bersama adik beradik dan mama terchenta. Walaupun hati ada sedikit risau dan teringat-ingat kat mak mertua ku di Nilai yang berhari raya dengan adik ipar bungsu saja. Masing-masing berhari raya di sebelah lain, jadinya dia sendiri2. Mujur dia memahami, anak2 masing2 sudah ada tanggungjawab lain.
 
Biasalah kalau berhari raya di Labuan memang penat lebih sikit. Sebab rumah mama saya adalah rumah tumpuan. Setakat 4 kilo daging rendang memang cukup2 sampai petang je. Selepas tu masing2 datang memang minum dan makan kuih. Kakak2 saya pula ada rumah masing2. Jadi saya terpaksalah bantu2 mama saya melayan sanak saudara yang datang bertandang purposely untuk menziarah the most senior in the family buat masa ini - my mom la..
 
Walaupun penat, tapi saya rasa berbaloi dan suasana hari raya hangat di Labuan. Masa ni lah berjumpa adik beradik sanak saudara yang memang susah nak jumpa pada hari2 biasa. (jumpa di FB je la) hehehe...
 
 
Ini je gambar yang dapat di snap dari NOTE. Yang lain belum update masuk PC. Masih dalam SD card kamera. huhuhu... Maknye sudah senyum maut, anak2 belum ready. Alia pula menangis. Taktau apa dia nak...
 
 
Nenek dan cucu-cucu. Missing 2 cucu dari anak2 abang saya. Nenek nampak kecil dari cucu. Aik ? hehehe
 
Sekarang sudah balik ke KK. Tapi belum dapat recover and tak tau bila nak masak untuk jiran tetangga. Haish.. Encik Suami pula memberitahu the following week ni adalah minggu2 genting sebab banyak documentasi yang harus di bereskan. Takkan nak masak n layan tamu sorang-sorang ni. Takut pengsan di dapur je sorang-sorang. Hehehe... Takperlah ada rezeki nanti, adalah tu.. insyALLAH..
 
Take care semua ... :)