Dalam Pencarian


Assalamualaikum,


Hari ini saya agak sedih. Sedih? Kisah sedih yang tak perlu diluahkan pun. Sistem badan kurang memuaskan. So, abaikan saja. Bukan rezeki atau bukan ketentuanNya. Kita merancang, kita berusaha. Hanya Allah SWT yang menentukan. Yang penting kita ikhlaskan diri berjalan di buminya. Puaskan hati semua orang pasti kita tak mampu. Yang penting, kita cuba jugalah gagahkan perjalanan. Hidup pasti ada ups and downs.

 
Jangan melalut-lalut!
 
 
Ok. Back to topic. Recently, the husband, sudah jatuh cinta dengan " sesuatu ". Membuatkan kami-kami ni anak beranak di usung ke sana ke mari demi nak berjumpa dengan "cinta hatinya". Cintanya pada MPV. Berkira-kira, berconggak-conggak. Plus sini minus sana. I truely tak mo get involve w the decision making kali ni. Kasi the husband puaskan hati. Cuma kalau dia bertanya, saya bagi pendapat berdasarkan Encik Google je la. Hehehe
 
 
Bagi saya lah, apa yang ada ni sudah memadai. Mungkin sedikit "sempit". Tak lah sesempit mana. Cuma kalau mak saya atau mak dia datang tu adalah sedikit sempit kan... hehe.. takde lah, ok-oklah dah ni. Apart from that, my insight sangat mudah untuk buat urusan. Lancar dan tak banyak kerenah. I love her. The husband lak, rasa we should we should we should. Dah tukang bayar bil nak kan, So, tanpa prejudis kenapa mana-mana brand. Semua showroom kami jejak. Ford, Nissan, Toyota, Protan Edar, Eon, Peugeot, Perodua, Hyundai, KIA, Honda. Cuma 3 brand je tak p. Mercedes (hahahahah, gelak sebab tak sampai ke tahap itu!), Mazda (tak jumpa), Citroen (pun tak jumpa... kalau tengok map dalam GOOGLE area Mengatal).
 
 
Test drive sampai anak-anak kata, "Penat la mama...."Tak penat macam mana, kat setiap showroom lari sana sini, lompat sana sini, pastu tour lak dari showroom ke showroom. Macam mana tak penat kan ? :)
 
 
Hahaha
 
Senarai MPV, Crossover yang kami test drive.
 
Tucson : Dengan harga dan performance, rasa-rasa macam NO.
 
ALZA : Harga OK. Performance, Bolehlah, Tak space NO.
 
Peugeot 3008 : Jatuh cinta la sangat kan. Tapi space just ok-ok. Performance mantap. Harga is OK, tetapi......ermm.. next....
 
Grand Livina : OK. Anak suka. Cuma kesian pada Husband, cos kaki dia panjang. Jadi ada ketidak selesaan di situ. Dia rasa tempat dia drive agak compact. So, NO.
 
 
Exora : Ini kali ke2 test drive Exora. Masa 1st time dulu last 2 yrs. Masa belum facelift lagi. First version of exora. Was a NO. This time it's kinda comfy, with a great space, performance better la dari 1st time test drive dulu-dulu. The price is reasonable and effordable. The husband said MAYBE.
 
 
So sudah shortlist kepada Peugeot 3008 dan Exora Bold. Ada plus minus 2 kereta ni. Kereta tempatan dan kereta import. Peugeot tak payah nak citer la pasal kualiti dan sebagainya, tapi sebab harga Exora dan gula-gula ( saya panggil gula-gula, dengan kemasan, styling, DVD, Navigator, macam-macam tambahan untuk Exora ), so, jadi second thought. The husband love all the extra. Saya pula berfikir tentang After sales service. After 2 years condition.
 
 
So, i dont know. Puas search kat Encik GOOGLE feedback tentang Exora berenjin CFE baru ni. Performance, Complain? Tentang power window dan door lock ada warranty 10 tahun. Oklah tu kan. Tapi part-part lain? Maintanance?
 
 
Bukan nak prejudis. Tapi.... huhuhu... kena solat istikarah ni! :)
Still dalam proses mencari pro and cons. Please help kalau ada pendapat. :) TQ....
 
 
hehehe...