Pizza Hut Delivery Indah Permai - Terbaik lah!

 
Pizza Hut Delivery - Terbaik. Kerana letih dan malas, akhirnya mengorder Pizza Hut Delivery. Cayalah, Sepangar ada PHD. Hehe. Penat ooo semata-mata nak gi kuar dari base nak gi makan pizza kat 1 borneo. Ini ada delivery, alhamdulillah, ada gak masa untuk saya mengupdate blog. Memang super pintar la! :)
 
Expected Time Arrival di rumah is 45 mins after order. Tapi sampai awal 10 minit. Sampai je terus bedal. Dalam masa 45 minit order-delivery-abis di makan :) hahaha....
 
 
Kepada yang teringin nak order delivery ni boleh la dial , 1300-82-2020. :)
 
Bye!
 

Pantun Surirumah VOL 1


Ada Udang besar 1 kilo dibeli
dibeli oleh Encik Suami,
Saya nak masak lemak cili padi,
Dia pula nak gulai kari.
 
Akhirnya apa yang jadi ?
Udang Massala pilihan hati
Untuk dijamu pada Encik Suami
Boleh la kan? dari masak maggi? hihihi
 
 
Udang Massala nama diberi,
Idea diambil dari buku resipi,
sidekick pun ada begedil made by me,
abis juga seperiuk nasi ku tadi...
hihihihi..
 
 

 
Selesai makan kita mendobi
baju anak, suami, diri semua sapu sekali
letih dan lenguh segala sendi
nak tidur siang pun belum tentu lagi...
 
Sekian Pantun Hari ini :)

Entri Belated Raya Haji Ringkas

Mood untuk berblogging, berfacebooking, berwhatsapp, bersosial-sosial, bergather-gather is currently unavailable. Apa yang saya bikin di rumah ? Entah lah. Bikin apa ek ? Biasa-biasa, kemas rumah, urus anak2, basuh baju. Naik bosan pun ada. hehehehe. Aik, tak baik mengeluh kesah. Pagi-pagi lak, Hari Isnin pulak. Heheh...
 

haisey, gambar pun senget.

Tapi mungkin semangat masak memasak balik semula, menyebabkan Encik Suami kembali berbadan gagah perkasa. Macam hulk hogan dah saya tengok, kena start malas masak balik ni. Hehehe. Raya Haji baru-baru ni saya tak balik kampung saya atau kampung Encik Suami. Dok rumah je. Masak rendang sendiri, masak ketupat segera sendiri, masak mee kari sendiri. Hehehe. Masak sendiri, makan sendiri. Best juga sekali-sekali beraya sendiri ni, Tapi letih tu letih juga. Mostly letih dengan unplanned aktiviti. Tapi tetap best. Walaupun teringat kat mak dan mama di kampung. :(
 
 
Gambar di atas ketika rendang sedang di masak. Gambar rendang yang dah masak tak ambik pun. Lupa. Hehe...
 
 
Gambar buah hati di hari raya. Nampak muka nana macam gelap kan ?
Sebab latihan sukan kat sekolah la tu .. hehe
 
Walaupun dah lambat tetap juga nak ucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Adha" buat semua yang sudi membaca :) Sama-sama lah kita menhayati makna "korban" itu sendiri. Samada kita berkorban masa untuk memasak, bekerja, atau berkorban rasa untuk sahabat dan keluarga, semoga ialahnya adalah lillahi taala.... Biar hanya 'dia' menilai pengorbanan kita. ;)