Dugaan akhirnya Berbaloi


Assalamualaikum,

Akhirnya sampai juga hasrat saya dan suami untuk ke Brunei untuk sambut Pakcik dan Makcik saya yang balik dari menunaikan haji. Pelbagai halangan yang mendatang. Macam-macam dugaan. Cuti tak approve la, ada lawatan la, Nana ada konvokesyen la. Adui, memang macam-macam. Tapi Alhamdulillah, Allah izinkan.
 
Perjalanan ke Brunei kali ni agak lama skit, sebab singgah ambil mami saya dari Menumbuk. Baru patah balik ke Beaufort menghala ke Brunei. Dan bila sampai di Brunei, hujan lebat siap dengan guruh petir, masyAllah. Tak tau nak cakap. Dah la kami ni tak berapa familiar dengan jalan di Brunei. Memang tak nampak jalan. Allah saja la yang tahu.
 
Berbaloi.
 
Berbaloi sangat sebab dapat berjumpa dengan saudara mara, Nenek, pakcik2 makcik2, sepupu2.... terlepas rindu.
Nana and Syahmi
Antara sepupu-sepupu ku.. Iza n lisa.
Haji dan Hajjah baru sampai di rumah :) Berdoa sebelum masuk rumah.

 Nana and Kira
 
 Mami and aunties
 
Semoga suatu hari nanti, rezeki kita pula nak ke tanah suci ... aminnnnnn...