Kira duit...


Tahukah anda, hari pertama persekolahan untuk darjah satu, Murid-murid darjah 1 ini akan diberi ujian LINUS ( perkataan ini stand for apa, saya kurang pasti, tapi yang pasti, dia akan bagi ujian asas BM dan Math). So, OK. Masa saya daftar dan bayar segala jenis yuran untuk sekolah Nana last month, Cikgu sekolah dah sound awal-awal kat sana, untuk bagi preparation kat anak. Dan kelemahan yang biasa diperhatikan katanya, bila murid-murid ni di soal tentang duit. Er? 

Dan memang pun.... Nana belum pandai handle duit lagi. Minta 80 sen pun... adui.. pening mama. 


 bila disoal mula la bergaru hidung la, muka la, rambut la. 
.
.
.


 nampak macam confidennnnn je ni.


hopefully, boleh guide dia within this month... 


Little Celebration

 Entri siaran tertunda. Birthday Nana yang ke- 6 tahun. Sejak dia dah masuk Tadika, belajar kira bulan-bulan, Januari sampai disember, setiap hari tanya bila disember, bila disember. Bila sudah disember, dia ingat terus birthday dia, then, bagitau dia, 7 haribulan baru birthday mana. Dengan sabar dia menunggu lagi. Akhirnya hari yang dia tunggu-tunggu pun sampai. Tapi on that day, kami bawa dia makan malam saja, and bawa main playground. No cake. Sebab mama rasa nak buat kek untuk Nana sendiri. Mama dah lama tak pegang krimwell, telur, tepung. HEHE.

Memang lama saya tak baking dan deco kek. Sangat lama. Hampir..... 2 tahun kok? Tak berapa ingat. Tulah, sekarang ni bagus start balik kan? Main dengan tepung dan mentega lagi best. HEHE. Nana dan Alia pun sudah besar sikit, sudah boleh buat urusan/main sendiri di ruang tamu. Tahu sudah benda merbahaya atau yang tidak. Tapi kalau barang mama, dia tau selamat, dia bedal semua. Sampai lipstick mama sudah bukan jadi stick. Tinggal sarung saja. 


Hari jadi Nana tahun ni, saya dan hubby rasa nak celebrate di rumah saja. Cuma kami-kami. Simple yet meaningful. After all, susah atau senang kita, inilah keluarga kecil tempat kita berpaut. Kan?  Saya nak hati Nana dan Alia sentiasa berpaut di sini. Bersama-sama kami. 

Happy birthday Nana. 
Semoga anak mama bahagia dan sentiasa ceria.

Love you dear. Hope u like the cake. =)

KunDaSang LaGi...


 Trip ke Kundasang kali ni bukan trip berjimba dan berehat ria. Trip kali ni, husband ada bengkel d Dream Resort. Sebab dia baik hati lagi hensom, jadi kami pun ikut la sekali. Yea yea. Tapi memang nampak dia awal pagi, malam baru dia balik bilik. Jumpa tengahari pun kat cafe masa makan. Betapa bz nya dia di  sana ..
Anyway, walaupun kami sendiri2, takde la bosan sangat, sebab ramai juga family lain yang follow. Jadi kami spend time bersama-sama la. Happy la kanak-kanak sekalian sebab ini la masa nak bermain sepenuh hati tanpa halangan masa dan tempat.
Sampai di sana awal, sebab para suami sekalian nak pegi menebas rumput di Mount Kinabalu Golf Club. Jadi kami di tinggalkan di Resort, uhuk-uhuk dengan rasa laparnya yang hamat. Hehe. So, Kak Norin belanja kitorang KFC. Yippie, KFC sudah dibuka di Kundasang!

Cuaca di Kundasang sepanjang kami di sana, memang terbaik. Sejuk, nyaman dan terang. Tak la hujan sangat, tapi memang amat sejuk. Kalau dah ke Kundasang, kalau tak sejuk tak lah best kan.
hehehe~



Sebab husband bz, so, kami pun plan buat Lawatan ke Strawberry Part , Dairy Farm dan Sabah Tea. Tapi bila sampai di Strawberry Part agak hampa, sebab strawberry sudah dikutip. Jadi kami teruskan la perjalanan yang seterusnya. Dah lewat pun kan, so, cancel trip ke Sabah Tea, kami terus ke Dairy Farm.


Memang banyak perubahan di Dairy Farm sekarang. Lebih teratur, lebih ramai pengunjung dan lebih banyak aktiviti kt sana dari sebelum ni. Dulu takde jual makan-makan, ada jual susu lembu je. Sekarang dah ada jual waffle. Yelah, kalau kita lama tunggu kan, lapar2 tu boleh la makan waffle dulu. Ada jual cenderakenangan. Oklah kan...

aku tak bergambar sebab muka tengah kusam uhuk... :(
Anyway, nak tutor Nana jap, sat lagi sambung entri seterusnya...