Ayam Penyet Mama


Kalau ada di antara korang di sini orang KK atau tinggal di KK, aku rasa korang mesti pernah rasa Ayam Penyet di KoKi bandung atau di Warung Padang Jawa, Alamesra. Oleh kerasa request dari Tuan besar, dia nak makan ayam penyet, jadi terpaksa lah ayam di rumah ini di penyetkan juga. :) Menu mudah ringkas dan menambahkan selera. Yang best, Tuan besar kata, lagi sedap dari ayam penyet di KoKi Bandung. Ahaks. Bodek nampak.....


Kesian tengok anak-anak, tak kemana-mana sangat masa cuti sekolah ni. Jadi saya bawa Nana dan Alia ke kolam renang dalam pengkalan. Bukan pandai berenang pun, cuma main-main di gigi air. HEHE. Jadilah, nak gembira kan hati anak-anak. ;)

Terima kasih suami.


Sungguhlah saya bersyukur dapat suami yang amat memahami dan bertimbang rasa. Walaupun dapat isteri suri rumah sepanjang masa, dengan keadaan rumah yang kadang-kadang (selalu la juga) macam sarang tikus, suami saya tetap simpati dengan kerja rumah yang tidak pernah ada penghujungnya.

Kadang-kadang mengosok baju kerja suami pun pagi buta, macam, pagi tadi. HEHE. Tapi hari ni, nak bertaubat la rasanya, nak kemas rumah lagi hari ni.

ps: rasa nak ubah angin.