Niat Yang Baik

Jumaat, 1.50 tgh (sementara tunggu anak nak gi sekolah KAFA)

Assalamualaikum semua...

Saya percaya semua orang punya lebih NIAT yang baik, berbanding buat sesuatu dengan NIAT tidak baik. Contohnya, Pencuri...

Niatnya (mungkin), untuk beri anak-anak makan.
Method : mencuri
Reason : takde kerja lain, takde kelulusan, tak cukup makan.

So, dia mencuri sebab NIAT yang baik. Tapi NIAT tidak menghalalkan cara.

Macam tu juga bila sesuatu yang diputuskan dalam kehidupan. Kadang kita rasa cara orang itu bertindak, tak logik, tak senonoh, tak best, menyusahkan kita, menyakitkan rasa, arghhh. Kesimpulan tindakan itu tidak berpihak kepada kita. MUNGKIN NIATNYA BAIK, cuma kita tak tau apa dalam kotak fikiran sipulan. Kan? 

Saya rasa la tu. Terfikir tadi selepas solat. Mustahil, orang sengaja menyakiti kita. Pasti ada yang tersurat disebalik tindakan mereka. Cuma nasib kurang baik untuk orang yang jadi mangsa. 

Just my 2 cents. 
(yang langsung tidak ada nilai sekarang 2 cents)

Nota Kaki, 
dari itu, bila bertindak dengan NIAT yang betul berdoalah ia tidak memusnahkan hidup orang lain...

No comments