Suri

Jumaat, 8.20 pagi

Assalamualaikum dan salam maulidur rasul...

Selawat dan salam buat Nabi dan Rasul junjungan... Semoga kita beroleh syafaat dari beliau di negeri akhirat kelak. Tahun ni, sambutan maulidur rasul di tempat saya meriah. Seronok sangat. (mungkin tahun-tahun lalu pun meriah atau lebih meriah, tapi sebab tak berkesempatan nak join, jadi tak tau) hehe.Tahun ni, Nana dan Alia sudah boleh jaga diri (main sendiri), jadi boleh la bawa derang sambut maulidur rasul, terus solat maghrib dan isya' berjemaah. This is a dream come true. Kalau dapat buat setiap hari mesti best. 


Ada orang bilang, "beruntungnya kau jadi surirumah". Saya senyum.
Tapi rasanya, kalau ada peluang samada untuk bekerja memperoleh karier dan wang poket sendiri dengan duduk di rumah, mengurus rumah, suami dan anak-anak, - kita cuba tgk statistik isteri yang "sanggup" melepaskan duit dan kerjaya untuk rumahtangga.


Siapa kata tak seronok jadi surirumah? Jam 8.20 pagi, saya masih belum mandi. Sedang mengarap idea untuk buat entri di blog. Sambil-sambil berwhatsapp dengan kawan-kawan. Sementara menunggu kain dalam washing machine berhenti berputar. Bilik tidur boleh menunggu untuk di kemas. kah kah kah.. Jap lagi masak dengan air tangan sendiri untuk suami dan anak-anak. Kadang leh buat menu istimewa, telur goreng kicap atau ayam penyek. (istimewalah sangat, har har har). Jap gi, leh gi umah mak jemah gosipping tempatan (eh ?) hehe.


dan.


Siapa kata seronok jadi surirumah? Melihat rakan-rakan yang berkerjaya bergaya dengan busana untuk ke pejabat. Kadang biru, kadang kelabu, kadang merah, kadang hijau, kadang macam pelangi senja ( hehe). Setiap bulan poket pun gebu. Leh beli tabita, leh beli fareeda, ariari, vantage, victoria secret. Petik je jari. "sayang pulak belanja abang dan anak2 hari ni k?". Bestnya. Jelesnya. Haish. Boleh belikan anak2 seribu barbie, mengayakan ruang tamu dengan bunga hiasan berharga rm300. Bestnya.


Apa-apapun bersyukurlah kita untuk hari ini, samada surirumah atau bukan surirumah. Yang penting, kita suri di mata suami kita .. kan kan kan ? :)


Nota kaki :
Entri sedapkan hati.

10 comments

GurL-FriDay said...

Saya rasa surirumah tu pekerjaan paling susah n paling penat dalam dunia ni. Huhu. Memang duduk rumah je tp byk benda nak buat kat rumah, kdg2 lebih2 dr waktu org bekerja. Tsk.

GurL-FriDay said...

Saya rasa surirumah tu pekerjaan paling susah n paling penat dalam dunia ni. Huhu. Memang duduk rumah je tp byk benda nak buat kat rumah, kdg2 lebih2 dr waktu org bekerja. Tsk.

azieazah said...

Ada pro dan kontra nya. Bagi Kak Azie, mana-mana pun Kak Azie suka. Kak Azie dah jadi suri rumah nak dekat sebulan. I enjoy jer kat rumah. Jadual sama macam zaman kerja dulu. Yang best sebab dapat masak best-best utk bebudak balik sekolah.

Tapi kalu tawaran kerja tu datang next month, Kak Azie pegi la kerja nanti.

nonie said...

norf... part busana tu cam kurang setuju la huhu... pening OK nak pilih baju apa tiap2 hari... kalau ada uniform lagi best... takyah pk huhu...

Lily@MamaZaraZareef said...

dah merasa jd surirumah dua bln aritu,penat gak rupenye ye..kerja x putus2..hahaha

Effa said...

tu la ... weekend je muka ni monyok minta bawa gi pasar (nak keluar jalan2 sebenarnya), selagi ada kt umh, selagi tu kerja tak abis...

Effa said...

betul tu kak Azie,
saya skrg tgh cari peluang utk kerja dan jadi surirumah, 2 dalam 1. macam nescafe atau tongkat ali. hehe...

Effa said...

nonie,
hahaha, pilih 7 kaler, pakai selang2. cth, isnin is blue day, selasa is green day... strategikan hari dengan warna.

yer2 kasi idea kt orang! :P

Effa said...

kannn.. ?

kena pandai urus masa lily, sy ni selalu terlalai, tu pasal selalu penat bila kerja berkumpul

Anonymous said...

apa pun org kata....apa pun pro n cons nya...andai ada ruang untuk memilih....saya akan memilih untuk jadi surirumah yang penat tapi penuh cinta :-) xyhie