Terkini :)

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan walaupun banyak yang tidak seperti dulu. Dengan situasi sekarang ni, memang bersyukur la sangat-sangat sebab kami duduk dalam pangkalan, kalau tak, saya rasa kami lebih ketakutan.

Sejak penceroboh orang sulu ke atas negeri Sabah, hampir 10 hari, kami tidak boleh keluar base. Setiap malam kami dihantui ketakutan. Suami pula bertugas setiap 4 jam dan on call 24 jam. Keluar pangkalan tu jangan mimpilah.

Makan lah, ayam, ayam , ayam dan ayam. Buat sementara ni, tak boleh nak memilih makanan. Itu pun, kekadang berkirim dengan rakan2 yang keluar dari pangkalan kerana terpaksa kerana bertugas sebagai guru, anggota kesihatan, ataupun mana2 kerajaan di luar pangkalan. Kalau saja-saja nak keluar tak de lah kot.

Tapi jangan risau. Tapi tolonglah #prayforsabah. Doakan lah krisis ini berakhir dengan baik. In  syaa Allah...


4 comments

Lily@MamaZaraZareef said...

sy pon harap2 cptla krisis ni berakhir..semoga semua berakhir dgn selamat. plg penting, x sbr tgu kepulangan hubby dr bertugas..wuwu

NEKCIK said...

Salam sama samalah kita berdoa agar keadaan kembali tenang...bnyakn kita berdoa dan solat hajat mohon dilindungi dari segala yang tak diingini..aamiin

Effa said...

husband lily pun bertugas di sini ke? mudah2an semua selamat ye lily. doa doa doa. itu lah senjata kita sekarang...

Effa said...

terima kasih Nekcik. Mmg setiap solat, tak putus2 memohon dan berdoa. mudah2an kita diberi kemenangan