Long Time No See :)


Long, long, long time ago... a very long time ago, kali terakhir blog ni di update. Tak tau nak bagi alasan apa, kenapa blog ini terabai, tapi memang antara faktor terbesar adalah MALAS yang amat sangat. Sibuk dengan tugas harian  pun ye juga, tapi rasanya ada blogger yang LEBIH SIBUK berbanding diri ini yang "hanya" menguruskan suami, anak-anak dan rumah ...

Berbulan lamanya gambar-gambar koleksi tersimpan dalam memori telefon. Adalah juga dalam 500 gambar. Tak tau mana satu nak dicerita. Ada yang cerita best, sudah jadi basi. Hahaha.

Satu cerita yang akan sentiasa hangat sampai 5 bulan akan datang adalah, Alhamdullillah, akhirnya saya berjaya conceive anak ke 3. Baru 4 bulan panjang lagi masa tu. hehehe. Rezeki anak ketiga. Alhamdulillah. Alhamdulillah Alhamdulillah.


he/she masih kecil lagi. Baru 16 minggu. Baru je Jumaat lepas buat 3D scan. Alhamdulillah so far so good. On progress. Jantina ? hehehe... masih terlalu awal nak "confident". Tak kisalah lelaki atau perempuan asalkan dia baby yang sihat ... Amin... 

Doakan saya ye... :)