#10ramadhan : Catatan Biasa

Assalamualaikum ... Salam Ramadhan semua ...
Mental nampak gambar-gambar makanan dan kuih muih di segenap ruang blog dan facebook. 
Sekadar perkongsian ... bukang nak suh bukak puasa sekarang ye mak jemah... Rol Sardin ni antara kuih kegemaran suami saya. Takde lah styling ketika dihidangkan... maklumlah, saya chef terhormat di dapur rumah saja. hehehe


 Ini lauk sahur. :)


Cuaca di Sabah sekarang best sangat sebab sejuk dan nyaman, amat lah sesuai dengan jiwa ku yang asyik nak tidur dan nak sejuk saja ni. Kebetulan penghawa dingin di bilik utama sudah kehabisan gas (akibat pasang air-con setiap hari 24 jam, masa tempoh jerebu melanda tempoh hari ). Hehehe. Sianlah Encik Hubby menbayar bil elektrik hujung bulan. Sekarang ni pula sejuk teramat. Semalam saya rasa 2 kali angin kencang dan ribut secara tiba-tiba. Mudah-mudahan semua dipelihara oleh Nya.


No comments