#Cerita tentang makan : Cerewet tapi tak cerewet.


Assalamualaikum...
Apa agaknya juadah berbuka hari ni? Penat juga hari-hari nak berfikir "apa nak masak, apa nak masak." Bukannya suami saya 'sangat' cerewet, tapi dia ada lah juga kriteria makanan yang boleh dilayan oleh tekaknya dengan yang tidak berapa kena dengan tekak nya. huhuhu...

Di rumah saya, kuih muih yang manis-manis ni boleh la saya iktiraf sebagai "bo-layan". Tapi kalau karipap, popia, murtabak, roti john .. walaupun hari-hari, in syaa Allah akan habis. Lagipun kami tidak mengamalkan bertapak ke tapak ramadhan setiap hari, walaupun kami sedar ianya setahun sekali.

Lagi satu, kami berbuka memang dengan (samada) mee, meehoon, kuewtiaw. Nasi tu, sekali sekala. Itu pun Nasi goreng. Sebab suami saya tak suka nak berbuka dengan nasi. Kalau dia dah makan nasi masa berbuka, masa sahur nanti dia tak selera nak makan. 

Bersahur pun simple saja. Satu lauk dan telur goreng.
Terpulanglah, samada sambal ikan atau udang atau sotong, masak cili. Masak lemak hanya untuk masak lemak ketam. Selain dari itu, suami saya memang tak minat. huhuhu.

Cerewet ke tidak tu ?

Tak lah cerewet bagai nak lauk semeja kan ? Tapi itu lahnye, dia tak makan byk perkara, so, saya kena rotate la benda yang sama. Saya lak naik jemu. Bukan tak pernah cuba untuk masak yang pelbagai dan macam-macam. Cuba menu baru. Tapi memang dia tak berapa makan. huhuhu...

Layan je lah ye ?


Kelmarin buat pepperoni pizza :) Favourite Nana ... :)

2 comments

Cinoi said...

Camna buat pizza tu?

Effa said...

Cinoi ~

Rotinya saya beli kali ni. tapi resepi utk roti pizza leh search kt google. Selalu saya guna resepi dari http://tiffinbiru.blogspot.com (mat gebu).

Untuk topping, biasa2 je cinoi... pepperoni, mozarella dan pes tomato. boleh pelbagaikan ikut selera masing2.. :)