GWEEN





Assalamualaikum and good morning sunshinessss!

wah. Happy mood gitu. walhal banyak kerja nak buat. Sempat meluangkan masa blog sekejap. Dah lama tak mencoret di sini. Rindu rasanya nak berceloteh tanpa respon segera. 

I go green tahun ni. Saya nak jadikan gardening satu hobby di pagi dan petang hari sambil-sambil menghadapi tanggungjawab dan housekeeping work yang banyak dan tidak akan pernah habis. Bersyukurlah. Ada juga lauk yang kena di masak, baju yang harus dibasuh, anak yang harus di urus, suami yang harus di layan. Kerana tanpa semua itu, hidup akan jadi kosong.... kosonggggg... (kosong macam lagu Najwa Latif ihik)

Selepas kemelut dalaman diri yang banyak sepanjang hujung 2012, saya bangun semula. Bangun dan terus mencari siapa diri ini. Jatuh itu sakit, tapi yang penting adakah kita akan bangun selepas itu. 

Peace y'all .... :)