Niat Yang Baik

Jumaat, 1.50 tgh (sementara tunggu anak nak gi sekolah KAFA)

Assalamualaikum semua...

Saya percaya semua orang punya lebih NIAT yang baik, berbanding buat sesuatu dengan NIAT tidak baik. Contohnya, Pencuri...

Niatnya (mungkin), untuk beri anak-anak makan.
Method : mencuri
Reason : takde kerja lain, takde kelulusan, tak cukup makan.

So, dia mencuri sebab NIAT yang baik. Tapi NIAT tidak menghalalkan cara.

Macam tu juga bila sesuatu yang diputuskan dalam kehidupan. Kadang kita rasa cara orang itu bertindak, tak logik, tak senonoh, tak best, menyusahkan kita, menyakitkan rasa, arghhh. Kesimpulan tindakan itu tidak berpihak kepada kita. MUNGKIN NIATNYA BAIK, cuma kita tak tau apa dalam kotak fikiran sipulan. Kan? 

Saya rasa la tu. Terfikir tadi selepas solat. Mustahil, orang sengaja menyakiti kita. Pasti ada yang tersurat disebalik tindakan mereka. Cuma nasib kurang baik untuk orang yang jadi mangsa. 

Just my 2 cents. 
(yang langsung tidak ada nilai sekarang 2 cents)

Nota Kaki, 
dari itu, bila bertindak dengan NIAT yang betul berdoalah ia tidak memusnahkan hidup orang lain...

Suri

Jumaat, 8.20 pagi

Assalamualaikum dan salam maulidur rasul...

Selawat dan salam buat Nabi dan Rasul junjungan... Semoga kita beroleh syafaat dari beliau di negeri akhirat kelak. Tahun ni, sambutan maulidur rasul di tempat saya meriah. Seronok sangat. (mungkin tahun-tahun lalu pun meriah atau lebih meriah, tapi sebab tak berkesempatan nak join, jadi tak tau) hehe.Tahun ni, Nana dan Alia sudah boleh jaga diri (main sendiri), jadi boleh la bawa derang sambut maulidur rasul, terus solat maghrib dan isya' berjemaah. This is a dream come true. Kalau dapat buat setiap hari mesti best. 


Ada orang bilang, "beruntungnya kau jadi surirumah". Saya senyum.
Tapi rasanya, kalau ada peluang samada untuk bekerja memperoleh karier dan wang poket sendiri dengan duduk di rumah, mengurus rumah, suami dan anak-anak, - kita cuba tgk statistik isteri yang "sanggup" melepaskan duit dan kerjaya untuk rumahtangga.


Siapa kata tak seronok jadi surirumah? Jam 8.20 pagi, saya masih belum mandi. Sedang mengarap idea untuk buat entri di blog. Sambil-sambil berwhatsapp dengan kawan-kawan. Sementara menunggu kain dalam washing machine berhenti berputar. Bilik tidur boleh menunggu untuk di kemas. kah kah kah.. Jap lagi masak dengan air tangan sendiri untuk suami dan anak-anak. Kadang leh buat menu istimewa, telur goreng kicap atau ayam penyek. (istimewalah sangat, har har har). Jap gi, leh gi umah mak jemah gosipping tempatan (eh ?) hehe.


dan.


Siapa kata seronok jadi surirumah? Melihat rakan-rakan yang berkerjaya bergaya dengan busana untuk ke pejabat. Kadang biru, kadang kelabu, kadang merah, kadang hijau, kadang macam pelangi senja ( hehe). Setiap bulan poket pun gebu. Leh beli tabita, leh beli fareeda, ariari, vantage, victoria secret. Petik je jari. "sayang pulak belanja abang dan anak2 hari ni k?". Bestnya. Jelesnya. Haish. Boleh belikan anak2 seribu barbie, mengayakan ruang tamu dengan bunga hiasan berharga rm300. Bestnya.


Apa-apapun bersyukurlah kita untuk hari ini, samada surirumah atau bukan surirumah. Yang penting, kita suri di mata suami kita .. kan kan kan ? :)


Nota kaki :
Entri sedapkan hati.