#Cerita tentang makan : Cerewet tapi tak cerewet.


Assalamualaikum...
Apa agaknya juadah berbuka hari ni? Penat juga hari-hari nak berfikir "apa nak masak, apa nak masak." Bukannya suami saya 'sangat' cerewet, tapi dia ada lah juga kriteria makanan yang boleh dilayan oleh tekaknya dengan yang tidak berapa kena dengan tekak nya. huhuhu...

Di rumah saya, kuih muih yang manis-manis ni boleh la saya iktiraf sebagai "bo-layan". Tapi kalau karipap, popia, murtabak, roti john .. walaupun hari-hari, in syaa Allah akan habis. Lagipun kami tidak mengamalkan bertapak ke tapak ramadhan setiap hari, walaupun kami sedar ianya setahun sekali.

Lagi satu, kami berbuka memang dengan (samada) mee, meehoon, kuewtiaw. Nasi tu, sekali sekala. Itu pun Nasi goreng. Sebab suami saya tak suka nak berbuka dengan nasi. Kalau dia dah makan nasi masa berbuka, masa sahur nanti dia tak selera nak makan. 

Bersahur pun simple saja. Satu lauk dan telur goreng.
Terpulanglah, samada sambal ikan atau udang atau sotong, masak cili. Masak lemak hanya untuk masak lemak ketam. Selain dari itu, suami saya memang tak minat. huhuhu.

Cerewet ke tidak tu ?

Tak lah cerewet bagai nak lauk semeja kan ? Tapi itu lahnye, dia tak makan byk perkara, so, saya kena rotate la benda yang sama. Saya lak naik jemu. Bukan tak pernah cuba untuk masak yang pelbagai dan macam-macam. Cuba menu baru. Tapi memang dia tak berapa makan. huhuhu...

Layan je lah ye ?


Kelmarin buat pepperoni pizza :) Favourite Nana ... :)

Ramadhan : Serba serbi


Assalamualaikum, Salam Ramadhan buat semua yang sudi membaca. 

Dah jarang-jarang mencoret di sini. Alhamdulillah kita dah start berpuasa dan sekarang dan hampir seminggu kita berada di bulan berkah, bulan yang mulia, bulan Ramadhan. 

Tahun ini adalah tahun ketiga, untuk anak ketiga (in syaa Allah) tapi tidak lah berturut-turut kan, 3 orang anak anak saya tu (hahaha, tak gelojoh okay ? hehehe ), saya mengharungi bulan puasa ketika mengandung. Tapi saya tidak berpuasa ketika mengandung. Tahun ni, saya buat juga percubaan berpuasa pada hari pertama dan kedua. End up, saya sangat lembek dan loya. Saya rasa hari pertama saja yang saya berjaya sebab hari kedua tu, sebenarnya saya hampir muntah (cecair masam dan sampai rongga leher, tapi saya tahan kan diri utk tidak keluarkan muntah tu). Bangun je, try nak buat kerja di dapur memang akan loya. Nak housekeeping jangan cakap lah, memang tak terbuat. Solat dan ibadah sekadar yang wajib. Dengan sakit kepala. Tapi kuatkan juga hati .... 

Mami saya call cakap "jangan paksa diri kalau tak larat... anak-anak lagi nak diurus, rumah nak diurus. Yang paling penting si kecil yang dalam perut tu. " Saya rasa sangat tak best sebenarnya nak meninggalkan ibadah puasa walaupun memang ada kelonggaran kepada wanita hamil dan menyusukan bayi untuk membayar fidyah dan mengada' puasa. Malu pun ada. Rasa macam lembeknya iman saya ni, sampaikan tak boleh tahan dugaan berpuasa. Jadi series betul saya nak berpuasa kali ni. Mental juga bila ibu hamil yang lain dengan "best"nya berkata,"saya puasa penuh ketika mengandungkan si kecil" ... huwarrgh... nak juga rasa best macam tuuu!!!

Saya boleh menahan lapar, tapi saya tidak boleh menahan gas dari keluar dari perut saya. Huhuhu. Dan saya akur lah yang saya perlukan tenaga untuk menguruskan anak-anak amanah Allah ini. Dan saya mengambillah tanggungjawab untuk membayar fidyah dan meng'qada' puasa yang saya tinggalkan ini kelak. Ia tidak sebaik dan sepuas berpuasa di bulan Ramadhan, ia tidak seseronok dan seberkat berpuasa di bulan Ramadhan, ia pasti tidak setinggi pahala ibuibu yang berjaya berpuasa di bulan Ramadhan... tapi mudah-mudahan Allah tahu saya mencuba dan tahu niat saya ... untuk menjaga amanah nya, saya harus berkorban. Mudah-mudahan Allah beri saya kesempatan di Ramadhan lain (mudah-mudahan panjang umur dan murah rezeki). 

Bercerita pasal persediaan di dapur saya pula untuk bulan Ramadhan. Untuk kawan-kawan yang ada anak-anak kecil yang tidak berpuasa di bulan Ramadhan, boleh la buat cara pemalas saya ni. Bukan malas sebenarnya, tapi cara ini adalah cara yang paling mudah untuk memastikan anak-anak cukup makanan dan tak perlu cari alternatif mee segera sekiranya mereka sudah kelaparan dan kita kesuntukan masa. Saya buat preparation ni, sebab berniat untuk berpuasa penuh. Jadi saya tahu saya tak mampu nak ke dapur setiap pagi dan petang. Nana belum saya wajib kan berpuasa. Sekarang saya baru melatih dia untuk bersolat pada zohor, asar, maghrib dan isya'. Dan iqra'. 


Saya tak baca ini saya, tapi memang Ustaz Dato' Abu Hassan Din datang ke PTKK pada 8.7.13 lalu. Dan beliau memang menekankan tentang kepentingan untuk mendidik anak-anak bersolat dahulu berbanding berpuasa. Dalam hati ini, "betul juga apa yang Ustaz katakan tu."... Ramai yang berpuasa tapi tidak bersolat. 

Ok berbalik kepada cara saya mengelakkan anak-anak kelaparan ketika saya berpuasa ? hehehe.. 

 punyalah bersemangat nak berpuasa, saya dah restock semua barang dapur dan dah proses siap-siap untuk kemudahan diri sendiri. Huhuhu...

 Saya masak sup ayam sebelangga .... seekor ayam. Kemudian...

saya sejukkan dan masukkan dalam bekas. Dan saya masukkan dalam freezer. Jadi kalau anak-anak saya lapar, saya akan keluarkan stok dan panaskan. Tak perlu nak masak. Nasi memang saya akan masak lebih masa sahur. Jadi nasi lebih tu, boleh anak-anak makan tengahari. 

"Kesiannya anak dia makan sup ayam je hari2..."

Hehe, memang anak2 saya kaki makan sup. Antara sup ayam dan ayam goreng, dia lebih prefer Sup ayam. 
Ikan pun saya dan perap awal2 dan dah bahagi-bahagikan dalam fridge plastic. Senang bila nak goreng ikan, cuma keluarkan dan nyah beku dan terus goreng. Kekadang kalau nak wat kuah asam pedas pun saya buat sebelangga juga. Dan saya akan wat method yang sama. Jadi kalau ada masa2 saya malas nak masak, Just keluarkan kuah tu, panaskan dan masukkan ikan yang fresh, bendi atau terung. Jimat masa dan kuah assam pedas tu memang lebih sedap sebab lebih sebati. Cuma jangan la wat stok sampai setahun. Agak-agaklah kan... heheheh.

...

Mak aih... panjang lak saya berceloteh. Okay lah, nak mandi dan solat Dhuha... 
Selamat berpuasa semua.... !