Kenapa Channel Kartun Di Rumah Saya - DISEKAT.





 Sebab... kartun-kartun pilihan a.k.a favourite anak-anak sangat menyakitkan mata saya! Antara kartun tu adalah The adventure time dan the world of gumball. Saya rasa karakter dalam kartun 2 ni sangat - tak comel tak best dan kekadang script yang derang guna tu, bukan untuk kanak-kanak. Pernah sekali tu saya check a few episod standart PG(Parents guide) bukan U.  Kalau parents ada kt rumah macam saya tak ape la juga. Saya ni pun kalau ada masa nak menilik derang, ada 1001 kerja juga nak ditengok.

Jadinya, saya sudah sekat channel2 ni. Hanya boleh ditonton bila saya buka password. Dan kalau saya benarkan.


Ini pula the reason aplikasi 'YOUTUBE' di ipad saya, saya dah remove. Sebab rancangan little pony ni derang stream dari YOUTUBE. Ok juga sebenarnya. Tapi kalau sudah tahap addicted??

Addicted : semua benda akan relate dengan little pony. nak collection little pony. Seketul kuda rm39.90. Seketul Equestria Girls RM99.00 (paling murah). Darab 2!


Tentang Permata Hati


3 orang anak saya. 3 orang yang berlainan sifat dan cara. Dapat peluang membesarkan anak-anak dengan tangan sendiri. Alhamdulillah. Bukan ramai yang dapat peluang begini. Mostly sekarang ibu-ibu juga terpaksa keluar bekerja untuk menampung perbelanjaan isi rumah. To give a better cloth, better food, utk savings. Thumbs up to all the mothers samada working moms atau stay at home mom. Kedua-duanya, masing-masing ada kelebihan tersendiri dan cabaran yang berbeza. 

Macam saya sendiri, stay at home mom, apa yang seronok adalah dapat lihat perkembangan, perbezaan, emosi, dan fizikal anak-anak selama 24 jam. MOST of the time, mereka bersama saya. 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Kecuali, school days. Alia sekarang dan tadika 5 tahun di KEMAS, dan Nana sekarang sudah darjah 2, di sekolah rendah berdekatan. Ambil hantar pun saya yang uruskan. Kalau saya tak sempat, Encik Suami akan sempatkan. 3 anak 3 ragam. Ay (Ammar Yussof) yang baru nak masuk 3 bulan ni, belum la nampak sangat ragamnya. Ragam baby tu adalah ... so far, takde lah saya complain sangat ttg Ay. Dia good baby. Beza terbesar adalah dia adalah Baby boy, dan saya masa mengandungkan Ay pun saya dah di"cerita"kan ttg kerenah baby boy yg slightly berbeza dgn baby girl. So far yang saya nampak dari segi feeding. Baby boy cepat lapar and cepat lencun diapers. Poopoo? Disaster! :p Tak dan lah nak bergaya berlebih. huhuhu.

Farah Adleena saya (Nana), was a very good girl masa baby. Kalau nak susu nangis sikit2 je. Kalau mama tak terbangun, dia akan tidur balik. Dan dia menyusu setakat 1 tahun 8 bulan saja. Lepas tu, dia tolak susu. Tak berapa nak menyusu. Tapi sekarang dah berumur 7 tahun, makan boleh tahan. Kalau nak banding dengan saya lah, saya satu pinggan satu senduk, dia kalau satu senduk satu pingan tu 2 kali tambah. So, dia kena diletak 2 senduk sekali. Favourite food dia, kari ayam, ayam masak merah, sup ayam. Pantang dia , sayur dan pedas. Sangat-sangat pantang. Nana ada elergi ikan bilis, tapi ikan bilis juga lah benda yang dia suka nak ratah.

Problem saya pada Nana ialah, dia rasa diri dia tak dihargai. Walhal, saya ingatkan dia banyak kali, saya sayangkan dia. Abi sayangkan dia. Dan dari 3 beradik ni, dia paling bertuah. Baju dan segala keperluan FIRST hand. Takde second hand macam adik2 dapat. Apa yang ada pada dia semua baru. Dan dialah yang paling dimanjakan, paling banyak berjalan dan melancong. Mungkin kerana terlalu dimanjakan dulu, sekarang dia kurang independent. (Kurang bermaksud tidak seperti yang saya expect). Silap saya juga kot, saya expect too much dari dia. Bagi saya Nana adalah anak saya yang paling comel dan comot. huhuhu. Mudah-mudahan dia berubah jadi lebih baik akan datang.

Alia, was different. Smart and notty. Dia pandai urus diri sendiri. Bangun pagi, dia akan terus ke bilik mandi dan akan mandi sendiri. Basuh gigi, pakai losyen, cari baju dan terus buat apa yang dia sepatutnya buat tanpa di suruh. Walaupun dah berusia 5 tahun, dia masih menyusu botol dan masih ada patung busuk (dibo). Dia kurang di marah, kalau di marah pun sebab dia terlalu independent. Kalau makan kt restoran, lepas makan, dia terus ke tempat sinki utk cuci tangan (tanpa inform kt kita). Memang kena sound la dek Abi. Too independent. Too confident. Tak boleh juge. Nana plak totally different. Dia plak yang saya kena arahkan, ingatkan dan uruskan. "pening".

Dari segi pelajaran, Nana smart tapi malas. Alia less tapi dia rajin. Rajin buat homework (tanpa disuruh) dan rajin ke sekolah. Nana smart, terutama subject English. Tapi agak lemah dalam math. Sebab dia minat english dan dia tak suka math. Adui anakku, kena belajar semua mata pelajaran, mana boleh blaja yang suka saja. 

Tapi apa-apa pun, saya sangat sayang ke3 nya. Bukan nak beza-bezakan anak, tapi realiti nya setiap anak itu berbeza dan sepatutnya di treat berbeza. Ikut perkembangan dan tahap anak-anak. Doa saya hanya untuk kebaikan mereka. Walaupun penat seharian di bawa ke malam menjaga mereka, tapi mereka adalah penawar saya setiap hari. Thank you Allah for giving me a reason to smile everyday. Alhamdulillah...

Tentang Ammar

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, sekarang dah bermula episod baru dalam hidup saya. Seorang isteri beranak 3. Hahaha. Masih maintan berat di bawah 60kg (agak dukacita ketinggian yg tak seberapa membuatkan badan chubby. hehehe) Tapi tak apa, bersyukur dengan apa yang ada. Cuma kalau boleh nak maintan di bawah 55kg (agar jeans levis masa bujang boleh digunapakai. rugiii ooo).

Pada saat-saat sarat mengandungkan Ammar, Mami, temankan saya di sini. In case, kalau sakit perut ke, Nana dan Alia ada orang akan tengok-tengokkan di rumah, sementara suami akan uruskan saya. Dilemma juga nak pilih tempat bersalin masa tu.

Hospital kerajaan means, Hospital Likas. Hospital Swasta means, Rafflesia Medical Centre. Kalau kat SMC, (Sabah Medical Centre) tak ada doktor lelaki. Hospital Likas - Free Of Charge. Hospital Swasta - depends on apa terjadi. Sangat-sangat keliru, celaru, susah hati masa tu. Nak-nak rumah saya ni punya la dekat jauh dengan hospital. Likas dalam 45 mins, Rafflesia 1 jam juga la.

Apa yang tak menarik ttg Hospital Likas adalah - berita nya. Macam-macam lah orang complain. Takde katil lah, layanan buruk lah, Bayangkan kita tengah mengandung orang cerita bagai, mana tak kita susah hati.

Apa yang tak menarik ttg RMC (swasta). Bayaran yang agak tinggi (untuk saya lah), untuk Encik Suami, dia leh effort kot. Cuma nya, sianla kat dia. Haish... hidup boleh tak tak menyusahkan orang ?

Alhamdulillah, Allah beri jalan. Allah beri jawapan. Malam saya sakit perut tu, saya pecah air ketuban di rumah dan sakitnya memang tak boleh nak tunggu. Secara logiknya, memang saya tak fikir dah nak bersalin di mana. Di rumah, di kereta, di mana saja, asalkan Allah lepaskan azab rasa sakit yang amat itu. Imaginneeeeeee....

It happenned, terus ke Likas, dan malam 6 December jam 11 malam saya tiba di wad penilaian. Check punya check, baru 3 CM. 3CM?????? (bayangkan saya streessskan perkataan tu depan nurse yang sangat la lemah lembutnya dan lambat ). "Puan rehat dulu, saya daftarkan puan. Baru 3cm.". Ya Allah.....

Selang beberapa minit, ada doktar muda cina lalu depan saya, "Doktor, tolong doktar. Tolong check bukaan. Saya dah tak tahan". Sakit sangat.

"Oh. Sakit ka? Saya check lor". Oh Thank you Allah.

Operasi seluk kembali ... "U rasa macam nak terberak ke?", "Ye doktar.... " - saya dah mengerang menahan sakit ni.

Dengan selamba, " oh okay, 8 cm, kita pergi Dewan bersalin sekarang. Tunggu ah.." huwarghhh... 8 cmmmm???

Patut lah, otak dah tak boleh nak digest, rupanya sudah 8 cm!!

Antara wad penilaian dan Dewan bersalin ada hall tempat para suami menunggu dengan penuh debaran isteri masing- masing, termasuk suami saya yang terchenta chewah!.

Sakitnya tu, saya tergeliat2. Sampai tak nampak apa. Dengan baju mengandung, (tak sempat nak tukar baju), sampai je di Dewan bersalin, nurse tu adjust tempat duduk saya, terus suruh teran.

Dengan sekali teran, keluar kepala baby. Tapi nurse suruh stop dulu, sbb ada tali pusat tersangkut. Derang adjustkan, dan suruh push kali ke2, Alhamdulillah, selesai. Lega.

Selesai saja, terus nurse letak baby di atas dada saya. The feeling was great. Sangat terharu, rasa nak nangis, memikirkan saat itu. Sementara nurse jahit di bawah, (minima saja koyak kali ni, Tq Allah). Kemudian, baby di ambil utk di mandikan dan di bersihkan.

Selesai semua, baby di tunjukkan kepada saya sambil bagi tau jantina dan berat. Sempat bagi susu badan untuk kali pertama, kenyang saja baby, dia diambil semua untuk saya berehat.

Dalam 2 jam juga lah, derang bagi saya rehat. Oh ye, sebelum tu, nurse yang baik hati, buatkan saya milo panas untuk isi perut. Terima kasih nurse yang budiman.

Baby Ammar, weight 3.35, Lahir pada waktu yang Allah sudah tetapkan iaitu sama tarikh dengan kelahiran Puteri sulung saya, Farah Adleena. Ammar Yussof, lahir pada 7 Disember 2013 jam 12.13 pagi, 7 tahun selepas kelahiran Nana.  EDD Ammar ialah pada 11 Disember, Tapi Ammar lahir awak sikit, nak join birthday Party Nana kelak :)

Ammar bermaksud : Kuat agama, lemah lembut dan memakmurkan orang. Saya pilih nama Ammar, sempena nama seorang belia islam yang kembali ke rahmatullah pada 2 november 2013. Ahmad Ammar, berusia 20 tahun, tapi, zuhudnya pada jalan Allah, sangat saya kagumi. Dengan harapan semoga semangat Ahmad Ammar, dapat saya terapkan pada Ammar saya. Semoga dia jadi anak yang berguna pada ibupada dan agama. Amin...

Yussof  adalah nama seorang Nabi ALLAH. Nabi Yussof a.s yang terkenal dengan ketampanannya. Suami memang dah niatkan kalau dapat anak lelaki, dia nak anak itu dinamakan Yussof. Jadi gabungan nama ini, semoga Ammar Yussof mendapat keberkatan dari Nya.

On 7 Dcember 2013. Happy Birthday Kakak Nana. Welcome to the world Ammar!


My bundle of joy!

Di ruang ini juga, saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan buat jururawat-jururawat dan doktor-doktar yang bertugas di Hospital Likas. U prove them wrong and the service that I received, I could not repay to u all by just saying "Thank you", Semoga Allah membalas dengan sebaik-baik balasan. 

Untuk sesiapa yang sedang sarat bersalin dan sedang berfikir di mana nak bersalin tu, think positive je. InsyaAllah, Allah beri jalan yang terbaik. Di mana pun kita mengharungi saat-saat itu, yang penting doa dari suami dan mak-mak kita. Banyak-banyak baca surah Yasin dan surah Maryam. Berzikir dan bertawakal. 

Thank you for reading dear friends.





Lu Langsi ... ?


Jangan macam macam dengan saya.
Atuk saya Army dan Polis.
Abi saya Navy. Kurang air force je skrg.

Darah satria tau.
So, jaga.

;P


Weekend Post : Upperstar


 Its been agesssss... ( Sssss stands for lama gila tak jejak kaki ke UPPERSTAR ). Buat teman-teman yang di Semenanjung, mungkin tak familiar dengan restorante ni. Ini restoran western food. Harga berpatutan dengan kualiti dan kuantiti makanan yang derang serve. Saya memang peminat western food, jadi UPPERSTAR ni satu favourite spot. Nana dan Alia pun suka, sebab restoran ni ada pc and wifi (free) di meja yang berada di dinding. Dan memang restoran ni selalu penuh, jadi hari berkenaan, kami pegi, tak dapat meja yang ada pc... dapat makan saja.

Restoran ni agak happening dengan lagu ala-ala groove, ada Astro sport (utk golongan muda), dan ada pc n internet. Gambar kt atas chicken chop. Takde gambar makanan lain, sebab kami order 3 chicken chop. Takkan nak snap 3 3 chicken chop kan? hahahha...


 Ammar kuar berair liur. Teori saya, saya teringin nak makan kat sini, tapi tak sempat masa mengandungkan dia . hahahaha.
 Peace....
Kakak Nana, makin chubby sekarang. :)

New Day has come

Assalamualaikum ...

Sudah lama betul rasanya tak menulis di sini. Macam dah hilang skill nak menulis (baca: mengarang blog). Dah tak smooth. Dan sempat rasa , apa nak tulis kat sini?

Tapi... perasaan nak menulis blog, kembali membuak buak. ahah. Tapi menulis blog bukan macam dulu-dulu ye, boleh hentam saja apa nak tulis. Sekarang ni, akibat tangan, hidup boleh binasa. Jadi pesanan untuk diri sendiri dan kawan-kawan juga, kalau nak share tentang kehidupan atau apa saja di blog, harus lah, jangan ada "name" mention. Kang tak pasal-pasal kena saman bagai. Tulis tentang diri, anak-anak sudah - selesai - publish. Orang pun bosan nak baca. Jadi tak leh nak dijadikan isu . hehe..

Saya rasa, saya akan buat "come back" dalam penulisan blog. (wahhhh.. come back gitu). Saya akan bergiat aktif semula. Dan sekurang-kurangnya saya akan menulis satu entry untuk setiap hari. (ohkay, kita tengok nanti...semangat macam membara, tapi ... ahah! ) Tapi terpulang juga kepada keadaan laptop ini, sihat ke tak, dan ada di sisi atau tak. Dan ada wifi atau tak.

Okay, jangan jemu baca tentang saya nanti. until tomorrow. Byeee....

teaser : Gambar Ammar Ucop. Stay tune for moreeeee....