Tentang Ammar

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, sekarang dah bermula episod baru dalam hidup saya. Seorang isteri beranak 3. Hahaha. Masih maintan berat di bawah 60kg (agak dukacita ketinggian yg tak seberapa membuatkan badan chubby. hehehe) Tapi tak apa, bersyukur dengan apa yang ada. Cuma kalau boleh nak maintan di bawah 55kg (agar jeans levis masa bujang boleh digunapakai. rugiii ooo).

Pada saat-saat sarat mengandungkan Ammar, Mami, temankan saya di sini. In case, kalau sakit perut ke, Nana dan Alia ada orang akan tengok-tengokkan di rumah, sementara suami akan uruskan saya. Dilemma juga nak pilih tempat bersalin masa tu.

Hospital kerajaan means, Hospital Likas. Hospital Swasta means, Rafflesia Medical Centre. Kalau kat SMC, (Sabah Medical Centre) tak ada doktor lelaki. Hospital Likas - Free Of Charge. Hospital Swasta - depends on apa terjadi. Sangat-sangat keliru, celaru, susah hati masa tu. Nak-nak rumah saya ni punya la dekat jauh dengan hospital. Likas dalam 45 mins, Rafflesia 1 jam juga la.

Apa yang tak menarik ttg Hospital Likas adalah - berita nya. Macam-macam lah orang complain. Takde katil lah, layanan buruk lah, Bayangkan kita tengah mengandung orang cerita bagai, mana tak kita susah hati.

Apa yang tak menarik ttg RMC (swasta). Bayaran yang agak tinggi (untuk saya lah), untuk Encik Suami, dia leh effort kot. Cuma nya, sianla kat dia. Haish... hidup boleh tak tak menyusahkan orang ?

Alhamdulillah, Allah beri jalan. Allah beri jawapan. Malam saya sakit perut tu, saya pecah air ketuban di rumah dan sakitnya memang tak boleh nak tunggu. Secara logiknya, memang saya tak fikir dah nak bersalin di mana. Di rumah, di kereta, di mana saja, asalkan Allah lepaskan azab rasa sakit yang amat itu. Imaginneeeeeee....

It happenned, terus ke Likas, dan malam 6 December jam 11 malam saya tiba di wad penilaian. Check punya check, baru 3 CM. 3CM?????? (bayangkan saya streessskan perkataan tu depan nurse yang sangat la lemah lembutnya dan lambat ). "Puan rehat dulu, saya daftarkan puan. Baru 3cm.". Ya Allah.....

Selang beberapa minit, ada doktar muda cina lalu depan saya, "Doktor, tolong doktar. Tolong check bukaan. Saya dah tak tahan". Sakit sangat.

"Oh. Sakit ka? Saya check lor". Oh Thank you Allah.

Operasi seluk kembali ... "U rasa macam nak terberak ke?", "Ye doktar.... " - saya dah mengerang menahan sakit ni.

Dengan selamba, " oh okay, 8 cm, kita pergi Dewan bersalin sekarang. Tunggu ah.." huwarghhh... 8 cmmmm???

Patut lah, otak dah tak boleh nak digest, rupanya sudah 8 cm!!

Antara wad penilaian dan Dewan bersalin ada hall tempat para suami menunggu dengan penuh debaran isteri masing- masing, termasuk suami saya yang terchenta chewah!.

Sakitnya tu, saya tergeliat2. Sampai tak nampak apa. Dengan baju mengandung, (tak sempat nak tukar baju), sampai je di Dewan bersalin, nurse tu adjust tempat duduk saya, terus suruh teran.

Dengan sekali teran, keluar kepala baby. Tapi nurse suruh stop dulu, sbb ada tali pusat tersangkut. Derang adjustkan, dan suruh push kali ke2, Alhamdulillah, selesai. Lega.

Selesai saja, terus nurse letak baby di atas dada saya. The feeling was great. Sangat terharu, rasa nak nangis, memikirkan saat itu. Sementara nurse jahit di bawah, (minima saja koyak kali ni, Tq Allah). Kemudian, baby di ambil utk di mandikan dan di bersihkan.

Selesai semua, baby di tunjukkan kepada saya sambil bagi tau jantina dan berat. Sempat bagi susu badan untuk kali pertama, kenyang saja baby, dia diambil semua untuk saya berehat.

Dalam 2 jam juga lah, derang bagi saya rehat. Oh ye, sebelum tu, nurse yang baik hati, buatkan saya milo panas untuk isi perut. Terima kasih nurse yang budiman.

Baby Ammar, weight 3.35, Lahir pada waktu yang Allah sudah tetapkan iaitu sama tarikh dengan kelahiran Puteri sulung saya, Farah Adleena. Ammar Yussof, lahir pada 7 Disember 2013 jam 12.13 pagi, 7 tahun selepas kelahiran Nana.  EDD Ammar ialah pada 11 Disember, Tapi Ammar lahir awak sikit, nak join birthday Party Nana kelak :)

Ammar bermaksud : Kuat agama, lemah lembut dan memakmurkan orang. Saya pilih nama Ammar, sempena nama seorang belia islam yang kembali ke rahmatullah pada 2 november 2013. Ahmad Ammar, berusia 20 tahun, tapi, zuhudnya pada jalan Allah, sangat saya kagumi. Dengan harapan semoga semangat Ahmad Ammar, dapat saya terapkan pada Ammar saya. Semoga dia jadi anak yang berguna pada ibupada dan agama. Amin...

Yussof  adalah nama seorang Nabi ALLAH. Nabi Yussof a.s yang terkenal dengan ketampanannya. Suami memang dah niatkan kalau dapat anak lelaki, dia nak anak itu dinamakan Yussof. Jadi gabungan nama ini, semoga Ammar Yussof mendapat keberkatan dari Nya.

On 7 Dcember 2013. Happy Birthday Kakak Nana. Welcome to the world Ammar!


My bundle of joy!

Di ruang ini juga, saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan buat jururawat-jururawat dan doktor-doktar yang bertugas di Hospital Likas. U prove them wrong and the service that I received, I could not repay to u all by just saying "Thank you", Semoga Allah membalas dengan sebaik-baik balasan. 

Untuk sesiapa yang sedang sarat bersalin dan sedang berfikir di mana nak bersalin tu, think positive je. InsyaAllah, Allah beri jalan yang terbaik. Di mana pun kita mengharungi saat-saat itu, yang penting doa dari suami dan mak-mak kita. Banyak-banyak baca surah Yasin dan surah Maryam. Berzikir dan bertawakal. 

Thank you for reading dear friends.





No comments