Tentang Permata Hati


3 orang anak saya. 3 orang yang berlainan sifat dan cara. Dapat peluang membesarkan anak-anak dengan tangan sendiri. Alhamdulillah. Bukan ramai yang dapat peluang begini. Mostly sekarang ibu-ibu juga terpaksa keluar bekerja untuk menampung perbelanjaan isi rumah. To give a better cloth, better food, utk savings. Thumbs up to all the mothers samada working moms atau stay at home mom. Kedua-duanya, masing-masing ada kelebihan tersendiri dan cabaran yang berbeza. 

Macam saya sendiri, stay at home mom, apa yang seronok adalah dapat lihat perkembangan, perbezaan, emosi, dan fizikal anak-anak selama 24 jam. MOST of the time, mereka bersama saya. 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Kecuali, school days. Alia sekarang dan tadika 5 tahun di KEMAS, dan Nana sekarang sudah darjah 2, di sekolah rendah berdekatan. Ambil hantar pun saya yang uruskan. Kalau saya tak sempat, Encik Suami akan sempatkan. 3 anak 3 ragam. Ay (Ammar Yussof) yang baru nak masuk 3 bulan ni, belum la nampak sangat ragamnya. Ragam baby tu adalah ... so far, takde lah saya complain sangat ttg Ay. Dia good baby. Beza terbesar adalah dia adalah Baby boy, dan saya masa mengandungkan Ay pun saya dah di"cerita"kan ttg kerenah baby boy yg slightly berbeza dgn baby girl. So far yang saya nampak dari segi feeding. Baby boy cepat lapar and cepat lencun diapers. Poopoo? Disaster! :p Tak dan lah nak bergaya berlebih. huhuhu.

Farah Adleena saya (Nana), was a very good girl masa baby. Kalau nak susu nangis sikit2 je. Kalau mama tak terbangun, dia akan tidur balik. Dan dia menyusu setakat 1 tahun 8 bulan saja. Lepas tu, dia tolak susu. Tak berapa nak menyusu. Tapi sekarang dah berumur 7 tahun, makan boleh tahan. Kalau nak banding dengan saya lah, saya satu pinggan satu senduk, dia kalau satu senduk satu pingan tu 2 kali tambah. So, dia kena diletak 2 senduk sekali. Favourite food dia, kari ayam, ayam masak merah, sup ayam. Pantang dia , sayur dan pedas. Sangat-sangat pantang. Nana ada elergi ikan bilis, tapi ikan bilis juga lah benda yang dia suka nak ratah.

Problem saya pada Nana ialah, dia rasa diri dia tak dihargai. Walhal, saya ingatkan dia banyak kali, saya sayangkan dia. Abi sayangkan dia. Dan dari 3 beradik ni, dia paling bertuah. Baju dan segala keperluan FIRST hand. Takde second hand macam adik2 dapat. Apa yang ada pada dia semua baru. Dan dialah yang paling dimanjakan, paling banyak berjalan dan melancong. Mungkin kerana terlalu dimanjakan dulu, sekarang dia kurang independent. (Kurang bermaksud tidak seperti yang saya expect). Silap saya juga kot, saya expect too much dari dia. Bagi saya Nana adalah anak saya yang paling comel dan comot. huhuhu. Mudah-mudahan dia berubah jadi lebih baik akan datang.

Alia, was different. Smart and notty. Dia pandai urus diri sendiri. Bangun pagi, dia akan terus ke bilik mandi dan akan mandi sendiri. Basuh gigi, pakai losyen, cari baju dan terus buat apa yang dia sepatutnya buat tanpa di suruh. Walaupun dah berusia 5 tahun, dia masih menyusu botol dan masih ada patung busuk (dibo). Dia kurang di marah, kalau di marah pun sebab dia terlalu independent. Kalau makan kt restoran, lepas makan, dia terus ke tempat sinki utk cuci tangan (tanpa inform kt kita). Memang kena sound la dek Abi. Too independent. Too confident. Tak boleh juge. Nana plak totally different. Dia plak yang saya kena arahkan, ingatkan dan uruskan. "pening".

Dari segi pelajaran, Nana smart tapi malas. Alia less tapi dia rajin. Rajin buat homework (tanpa disuruh) dan rajin ke sekolah. Nana smart, terutama subject English. Tapi agak lemah dalam math. Sebab dia minat english dan dia tak suka math. Adui anakku, kena belajar semua mata pelajaran, mana boleh blaja yang suka saja. 

Tapi apa-apa pun, saya sangat sayang ke3 nya. Bukan nak beza-bezakan anak, tapi realiti nya setiap anak itu berbeza dan sepatutnya di treat berbeza. Ikut perkembangan dan tahap anak-anak. Doa saya hanya untuk kebaikan mereka. Walaupun penat seharian di bawa ke malam menjaga mereka, tapi mereka adalah penawar saya setiap hari. Thank you Allah for giving me a reason to smile everyday. Alhamdulillah...

No comments