06.03.14 - PRELOVED : Toyota Sewing Machine , I am selling it.

Assalamualaikum,

-Hari ni sepatutnya bawa Ammar gi cucuk untuk 3 bulan. Tapi takde elektrik pula tiba-tiba, dan, kesudahan nya, bertangguh ke esok hari lagi.

-Saya sudah nekad untuk put on sale- my TOYOTA  Sewing Machine. So, kalau ada sesiapa berminat sila whatsapp saya ye. Saya baru beli MAC 2013, tapi memang tak guna lagi. Sbb sejurus selepas saya beli tu, saya dapat tahu saya mengandungkan Ammar. Jadi nya, dilarang untuk menjahit2. 


Am not going to have another tukun in ze house. Need to clear up some space. Untuk kemudahan Disember ini. hehehehe.

Harga, boleh nego. I bought RM900. Jadi boleh la nak nego2. 

Calling2 or leave a comment. Thank you! :)


05.03.14

Assalamualaikum dear readers.

Hari ni agak memenatkan, tapi hari ni saya seronok sebab dapat melepaskan hajat yang kami pendam tak seberapa nak lama. Tapi kalau dipendam2 boleh menjadi lama dan pekasam. hehehe.Saya dan En. Suami, berniat untuk buat majlis Bacaan Yasin di rumah. Disebabkan kekurangan kaki tangan, saya buat majlis kecil saja Majlis yang sangat tiny miny, sbb hanya involve surirumah yang available. Saya jemput jam 9 pagi. Tak ramai yang dapat hadir. Aiming saya memang dalam 20 orang saja. Small event. Ala kadar yang boleh saya uruskan. Kalau nak uruskan ramai orang, dengan kaki dan tangan yang 2 ini saja (tambah lagi ada working party saya, Ammar), alamatnya terduduklah saya di dapur. 

Anyway, saya tak masak pun.
Saya minta kawan-kawan yang saya kenal, yang pakar masak Laksam, pakar buat kuih. Tempahan saja. Syukur-syukur. Nasib baik ada orang yang available untuk tempahan. Tak sempat nak capture gambar tentang tadi pagi. Tapi ada a few highlight pada beberapa hari yang lalu...


 Weekend trip to Kiulu. Nana with Izzati and Alisha
Muka lebih kurang je. Muka sumandak sabah! :)

Ini gambar yang sangat priceless. Gambar budak demuk yang sudah kurus kepenatan dan ketiduran dengan stail yang sangat cun! Sorri Alia, Umi kena simpan gambar ni dalam peti besi, nak ulang tayang masa slide show ur wedding day!!! ahahahahah... 

Budak 3 bulan!!! Wah sudah 3 bulan Ammar Umi...

OK... selamat malam semua!!