Little note For Zara : Happy Birthday Adik!


 Menjadi anak ke-2 dalam 3 adik beradik, Umi tahu, adik terpaksa jadi anak yang berdikari dan pandai membawa diri, walaupun, belum masanya... kan?
Menjadi anak ke-2 ni juga, bermaksud adik kena berkongsi kasih dengan kakak dan adik Ammar, tapi adik redha sebab adik sayang kakak dan adik Ammar kan ?

Dan Umi tahu, adik sangat sayangkan "famili" adik. 
Adik special sebabbb... Birthday adik, is on 11 April, tak sama dengan kakak n adik Ammar, and adik akan dapat celebrate sepenuhnya sendiri.
Tapi, adik mmg tersangat special di mata Umi, sebab adik tak meminta yang berlebihan atau yang bukan2. 
"adik nak ape untuk birthday adik?"
"buku yang kosong .. boleh tak umi?"
Terpaku Umi dengar. 
"itu saja?"
"itu sajalah, adik takde duit nak beli mainan mahal dan adik dah besarrr"
Clever Alia! 

On this special day, for a very special Alia, 
Umi doakan semoga Alia dipanjang umur, dimurahkan rezeki, menjadi anak yang solehah... dan berjaya di dunia dan akhirat.


Umi tahu, Umi bukan contoh yang baik, tapi Alia jadilah orang yang lebih baik. Alia sayang, Umi sayang Alia. 

And of cos, kamu berdua juga. Tanpa kamu, siapalah Umi. 

Love Always.

Umi.

Late post, My brother's wedding.

Assalamualaikum semua...semua semua semua...
(bergema-gema, sebab masuk gua yang terabai). hehehe.

i tell you, its really really really hard untuk buat bannnnnyak kerja dalam satu masa. assuming orang ingat a housewife adalah orang yang tidak ada kerja yang bergaji, jadi, nak bagitau, jangan la jadi housewife. p.e.n.a.t. gile. nak tengok blog sendiri pun macam susah sangat. susah gile.. (kt sini je leh guna perkataan macam ni, kalau depan anak2 banyak filter), walaupun most of the time "ter"guna juga perkataan tu..hmm.. well.

Banyak benda berlaku, antaranya, my youngest brother, sudah pun mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, selesai tugas bonda saya untuk membesarkan kami semua 5 beradik. Dan genap jugalah 21 tahun arwah ayah meninggalkan kami semua. 23.3.93. My brother's wedding date was 21.03.14. Jadi sangatlah beremosi event kali ni. Dengan adik beradik arwah ayah dan sepupu sepapat turun dari semenanjung, melaka, kulim, k.lumpur. It was like a gathering like none other. 



Kami raikan adik dengan sebaikbaiknya, sebab this will be the last adik yang akan kahwin (ada sorang lagi lepas ni, tapi adik perempuan saya dah kawin dan telah diceraikan, jadi possibility untuk dia kawin lagi la kan, cuma tidak la besar besaran macam kahwin officially kali pertama. Tambahan lagi, ramai saudara mara datang dari jauh. We start with kenduri tahlil dan doa selamat pada malam khamis. Majlis nikah pada petang jumaat. Malam jumaat, majlis berinai di rumah pengantin lelaki *pengantin lelaki sahaja*. Pengantin perempuan ada majlis sendiri di rumah mereka. Kenduri Kahwin pada sabtu... dan pada malam nya Majlis resepsi di hotel. 

Itu baru satu perkara nak cerita, ada lagi cerita lain nak cerita. Ammar pun sudah bangun, nanti lah ye kita sambung. :)