Late post, My brother's wedding.

Assalamualaikum semua...semua semua semua...
(bergema-gema, sebab masuk gua yang terabai). hehehe.

i tell you, its really really really hard untuk buat bannnnnyak kerja dalam satu masa. assuming orang ingat a housewife adalah orang yang tidak ada kerja yang bergaji, jadi, nak bagitau, jangan la jadi housewife. p.e.n.a.t. gile. nak tengok blog sendiri pun macam susah sangat. susah gile.. (kt sini je leh guna perkataan macam ni, kalau depan anak2 banyak filter), walaupun most of the time "ter"guna juga perkataan tu..hmm.. well.

Banyak benda berlaku, antaranya, my youngest brother, sudah pun mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, selesai tugas bonda saya untuk membesarkan kami semua 5 beradik. Dan genap jugalah 21 tahun arwah ayah meninggalkan kami semua. 23.3.93. My brother's wedding date was 21.03.14. Jadi sangatlah beremosi event kali ni. Dengan adik beradik arwah ayah dan sepupu sepapat turun dari semenanjung, melaka, kulim, k.lumpur. It was like a gathering like none other. 



Kami raikan adik dengan sebaikbaiknya, sebab this will be the last adik yang akan kahwin (ada sorang lagi lepas ni, tapi adik perempuan saya dah kawin dan telah diceraikan, jadi possibility untuk dia kawin lagi la kan, cuma tidak la besar besaran macam kahwin officially kali pertama. Tambahan lagi, ramai saudara mara datang dari jauh. We start with kenduri tahlil dan doa selamat pada malam khamis. Majlis nikah pada petang jumaat. Malam jumaat, majlis berinai di rumah pengantin lelaki *pengantin lelaki sahaja*. Pengantin perempuan ada majlis sendiri di rumah mereka. Kenduri Kahwin pada sabtu... dan pada malam nya Majlis resepsi di hotel. 

Itu baru satu perkara nak cerita, ada lagi cerita lain nak cerita. Ammar pun sudah bangun, nanti lah ye kita sambung. :)