bukan tak bersyukur

tu yg orang tak kenal atau tak faham apa yang orang lain lalui akan kata kalau kita mengeluh, atau negatif tentang sesuatu. 

seriusli, bukan semua orang macam Prof Muhaya yang all the time boleh positif sedangkan surrounding kita yang selalu buat kita down, upset dan tak membina langsung!

dan sungguh tak adil bila orang mula komen ..

"kita berada di surrounding yang negatif, means kita sendiri adalah negative"

Itu sangat tidak adil!

Aku faham sangat keadaan orang itu, sebab dah 5 tahun kot, aku lihat dan pandang dan well, actually makan hati dengan keadaan sekeliling yang negatif. 

the truth is , i listened to iKiM FM everyday, (walau aku jarang la pegi masjid dengar kuliah subuh atau kuliah sabtu) dan aku faham sangat dengan istilah perkataan "redha, bersyukur, tawakal, positif" 
macam dah jadi vitamin, everyday dok masuk di telinga.

dan the truth juga... kita yang nak berubah to be positive tapi orang lain sekeliling masih mcm tuuuuu juga. ko boleh rasa tau aura berada di kalangan orang yang positif dengan ko dengan orang yang negative towards you. dont be supprise, mmg kita boleh rasakan fefeeling tu!

WE try to go out from this place. 
tapi kami redha, rezeki masih di sini.
Allah masih rancangkan dan tentukan kami masih di sini... bukan tak usaha ..
sudah di usahakan, tapi bila berdoa kami mohon, agar Allah beri petunjuk ke jalan yang terbaik utk kami sekeluarga. bukan doa untuk individu benefits.

Setiap hari, sentiasa ajar diri untuk look forward perkara yang baik-baik dan sebut yang baik-baik, walaupun magnet negative tu macam following and always tepi telinga. A'uzubillahhi minashaiton nir rojinnnn 

sentiasa di mulut

laa haw la wala ku wata illa billah
laa haw la wala ku wata illa billah
laa haw la wala ku wata illa billah

doakan kitorang ye. utk selalu positif dan penuh redha.

-good nite-

Setelah sekian lama...

hari ni baru ada "masa" duduk-duduk dan baca blog orang.
rindu gile dengan dunia blogging.
terasa nak start balik. mmg lah skarang ni banyak media lain untuk berceloteh (mengeluarkan rasa hati, tak puas hati bagai)
tapi blog tetap di hati .

fb, aku suka baca dan lihat.
STALK la lebey kurang.
sebab aku takde benda nak share di sana. 
ramai share apa derang masak
derang kemana waktu weekend
showing how happy and selfie most of the time.

bukan aku tak buat semua tu
buat juga 
kekadang.
tapi tak delah SETIAP HARI.
hehe.

wechat.
aku dah delete. 
tapi mungkin orang yg dalam contact list aku rasa aku ada wechat.
tapi aku dah delete apps tu kt ipong aku.
sbb aku rasa tempat tu tempat lepas dendam dan rasa tak puas hati.
aku pun jarang update apa2 moment di sana.

so, delete.

instagram plak, 
tempat aku cari rezeki.
ye lah, bg yg tak tau, sekarang aku jual
toujours advanced, mai amy skincare, white me up, snail white, fazfit dan VCO catalyst.
semua tu aku ambik dari sorang stokist saja. malas nak ambil dari banyak orang.
oh ye, kecuali Fazfit.

So, insta ni macam nyawa aku la skarang. 
aku minat berniaga rupanya
aku pun tak penah realise tu.
hehe..


anyway,
apa2 pun media, pastikan tulis biar beradat ok? 
supaya tak sakitkan hati orang lagi.
ingat tu effa...


salam sayang,
Effa.

Project Life 360

Ntah, aku pun tak pasti, samada boleh start project ni in the middle of the year, atau ia mesti bermula pada 1.1.20**. Tetiba rasa macam best je kalau ada project untuk dibuat. Well at least untuk blog ni kan ? Kesian kt blog ni terabai dan tak terpedulikan..

Boleh aku start hari ni ?

:P

ke esok ? 

Nothing important

Korang perasan tak sekarang ni masa sangat pantas berlalu. Pejam celik pejam celik dah bulan MEI. Rasa macam baru buat resolusi tahun 2015 (well actually saya dah start men'tua' sbab sangat cepat lupa, sudah lupa apa azam tahun 2015) Tapi rasanya ia tidak berubah sebab azam tahun 2014 pun tidak tergapai-gapai lagi. LOL. ;P


Itu tentang masa.


Dan korang perasan tak sekarang, hidup semakin "complicated" (i actually feel that). Life dan semakin cepat dan semakin complicated. Rasa nya 24 itu tidak cukup. Atau aku mmg gagal habis dalam perancangan kehidupan. I guess I am not a good time manager atau life organiser. Hahaha. Tak apa, hidup kan macam tu, jangan terlalu rigid. ye dok ?


Ammar pun sudah 14 bulan!!
My lil boy sudah big boy. Tambah pula sudah meninggi. Mmg saiz ala-ala Abi dia! hehehe...


ntah aku merepek apa, tapi itu lah dalam otak aku sekarang. Solat isya' yuk! Cecepat selesaikan tanggungjawab .... sebelum zzz... pastu tidur. mudah2an bangun dah kurus ;P

Good nite..

Effaezah

a little update

Sudah ada laptop kecik pun susah betul nak cari masa untuk blogging. Nak salah kan Ammar tak boleh juga, sbb ada juga masa, tapi the list of "to-do" setiap hari tak pernah berakhir. Nama pun HOUSEWIFE. Kekadang rasa nak rehat. Tapi tak boleh boleh juga nak releks.

Konon minggu ni nak berehat di Kundasang, tapi tak dapat juga. Anak2 byk kelas dah skip. So, minggu ni nak tak nak kena teruskan kehidupan ... April IS A BUSY month. As for navy's wife juga, sebab bulan ni kan ada Navy Day and ALL. Navy Day tu sehari je, tapi acara dan aktiviti tu sebulan juga lah derang rancangkan.


inilah wajah kesayangan hamba. Penat pun untuk mereka dan kerana mereka... nanti free2 aku update lagi. mood please come back... i miss my old days.