Hobi Baru ; Bunga bunga Cinta


Assalamualaikum and Hi semua.

semenjak 2 menjak ni, hati terasa bunga-bunga. Dah lama minat dengan bunga Rose.. tapi baru sekarang ada kekuatan nak jaga dia. Rose bukan bunga sembarangan nak di jaga kan. Dia sensitif dan sangat mudah dijangkiti. Tak kena cara, mmg tak sampai la 2 minggu lah. Pernah juga dulu masa aku bujang (dalam umur belasan tahun macam tu, cuba utk jaga bunga rose. Sepokok je pun. Tak sampai berbunga, mati pokok tu. Sian pokok bunga rose pertama aku. 

Tapi Alhamdulilah, konon kirim kat sorang kawan, sebab dia ke Kundasang. Kirim 1, dapat 5 pokok rose. Hati berbunga2. weehhuu.. dan ini lah antara pokok yang selalu berbunga. hasil pemberian teman. dan dia juga la byk bantu n ajar macam mana nak jaga bunga bunga cinta ni.

Memang seronok je rasa sebab bila dah ada mini garden. ada sesuatu nak dilihat dan difikirkan. seronokkk.. cuba lahh..



Yang baby pink ni aku baru beli. Tambah koleksi.


Yang ini corak batik. Wangi dan bunga nya tahan lama ... 


Kalau dah berbunga dalam 3-5 hari, tengok2 dh melayu, cecepat la digunting. Lagi cepat lagi baik, sebab nak bagi pucuk baru naik. "bunga yang mekar, disunting la cepat2" :)


Ini Collection la sikit2. Tapi sekarang derang dah pindah tempat yang terbuka. Kalau baru turun dari tempat sejuk kan, jadi kena kasi sesuai kan dulu cuaca kt sini. Dah la tepi laut. Panas. hehe.. Terkejut bunga mak... 

Nanti kita story bunga lagi ye... tata :)

No comments