#throwbacktuesday : Career Conference 2018

Jika korang notice, my housewife title is still permanently there. Macam kalau kita dah pakai permanent market kat Whiteboard. So, there I go, walaupun sudah menceburi bidang ini secara serius, still saya tetap housewife sejati. Itu perjanjian dan kerelaan. Saya enjoy attaching together my family and my career. Regardless how up side down and messy the situation sometimes. Yeap, sometime. But most of the time, smooth - Alhamdulillah.

So, tinggalkan anak-anak untuk outstation is  NOT ME. 
Sebab, suami tak izin pun macam tu. Boleh la  kata begitu. Tapi bila fikir balik, sebenarnya saya pun tak tahan jauh-jauh dengan anak-anak. Kita buat kerja ni untuk orang yang kita sayang, tapi jangan sampai kita tinggalkan orang yang kita sayang untuk kerja kita. 

So, it happened, Mary Kay ada 3 acara penting dalam setahun yang membuatkan saya mesti travel ke Kuala Lumpur. Leadership Conference, Career Conference dan Seminar Mary Kary. Leadership Conference hanya untuk Sales Director. Saya tak pernah pergi sebab, LC memang akan makan masa 3 hari 2 malam. Tidur bersama-sama normally hotel 5 star. Memang best tengok kawan-kawan pegi, tapi untuk saya, belum masanya. So, CC (Career Conference) dan seminar, saya akan sedaya upaya nak pegi. Last yr saya attend seminar, tapi CC tak pegi. Seminar saya pegi dengan family. Tapi tahun ni, tak boleh nak ke Seminar, sebab Nana akan menduduki UPSR pada Sept. Clash time dengan Seminar. 

So, saya arrange ke CC (memandangkan CC hanya 1 hari saja) jadinya saya boleh pergi dan balik pada hari yang sama. Syukur ada juga yang nak join saya balik-hari KK-KL-KK dalam sehari. Penat memang penat, tapi memang saya BERBALOI.

Tahun ni, 5000 orang beauty consultant berkumpul di CC yang di adakan di SETIA CITY CONFERENCE CENTER. Ramai gile!

We took flight ke KL pada jam 5.30 pagi dan sampai ke KLIA jam 8 pagi. Terus ambil GRAB terus ke Setia City.  Jam 9 pagi lebih sikit kami sampai. Memang just nice masa untuk kami sampai ke sana. 



Dahlia, Siti (bc orang lain)  dan saya 


Sabrina dan SSD Qistina


"The Leading Light Family"
Alhamdulillah, menghadiri CC bersama-sama Offspring pertama saya dan key key BC saya yang semangat berkobar2. Hanya SD Nadia (offspring saya) yang menetap di KL, yang lain kami travel dari Sabah dan Kedah semata-mata untuk menuntut ilmu. Kerana kami MAHU.

Pepatah melayu ada menyebut ..

"Dimana ada kemahuan di situ ada jalan..."

Teruskan saja perjalanan. Mana kita nak tau apa yang Allah sedang aturkan untuk kita. Tapi jika kita tak buat apa-apa untuk perubahan, maka, mana mungkin perubahan berlaku (kecuali izinNYA)

Allah berfirman di  dalam Al-Quran 

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

Semoga Allah benarkan semua sahabat-sahabat dalam unit saya berjaya dalam kerjaya ini. Aminnn...

Love, Effa

Projek Kebab Turkiz

Assalamualaikum. Salam 5 Ramadhan ... 
Apa makan berbuka yang korang suka ? Murtabak ? Roti John ? nasi dan lauk terus ?

Kalau di rumah saya memang tak makan nasi terus. Kitorang lebih prefer Mee / Roti atau Meehun. Anything BUT NASI. 

Mencari kebab yang sesuai ditekak memang satu cabaran bila berada di Sabah (terutamanya). Sebab ini bukan makanan ruji di Sabah. Kalau nak cari SOTO MAKASAR ke, NASI AYAM PENYEK ke, memang melambak di sini. Sedap-sedap. Nanti kita share tempat-tempat makan yang best-best ok ?

Oleh kerana anak tekak teringin nak makan Kebab, makan bermulalah "Projek Kebab". Tapi takdelah sedap macam Kebab Turki di Perancis tu ha. Tapi cukuplah untuk lepas gian. Cabaran utama adalah nak cari wrap yang besar. sebab semua wrap saiz comel. Macam tuannya :P


Yang ni, dah siap wrap.


 Gambar dalam wrap.


Gigih tak suami saya cari tempat masak kebab ? hahaha.
Tapi memang boleh puji lah tang usaha dia nak buat kebab. Kita layankan aje.

Tapi kebab ni, kita tolong wrap je pun. Dia masak. Tapi "tolong" tu  memang pakej lah. ha ha ha.

Nanti kita share resepi ye. 

ps : saya bagi nama turkiz. atas sebab ? sebab nak buat kebab Turki .. nama tukan buat Z. Gabung lah. hahaha

Love, 
Effa

Timewise Miracle Set - Mary Kay Review - Part 1


Assalamualaikum ... Hi... :) Hari ni, saya baik hati nak share tentang produk yang saya gunakan secara konsisten dari 2015 ( november ) sampai lah sekarang. Mukadimah dulu ya, saya adalah surirumah sepenuh masa yang juga merupakan Beauty Consultant Mary Kay ! Tapi dalam blog saya ni tidak lah saya share tentang Mary Kay saja. Kita share tentang macam-macam   juga. So, berdoalah saya istiqamah. hu hu hu. 

Ok, saya join Mary Kay menjadi Perunding Kecantikan pada November 2015. Masa tu saya tidak ada lah masalah kulit sangat pun, sebab saya juga merupakan (masa tu) menjual produk kolagen. (toink toink konon kulit I). Ada sebab lah kenapa saya stop produk tersebut 100% dan terus menjadi Perunding kecantikan Mary Kay. So, start-start saya terus jadi pengguna TIMEWISE MIRACLE SET! 

Boleh tengok - gambar saya yang sebelah kiri tu saya ambil ketika saya FORMAL  CLASS PERTAMA di MARY KAY. Iaitu - ESRS.

Apa itu ESRS ? Nanti saya share di post yang akan datang k. Kalau cerita semua di post ni, nanti bungkus la blog I. ha ha ha.

Anyway, lihat perubahan kulit saya setelah 2 tahun 6 bulan menggunakan TIMEWISE MIRACLE SET. Memang saya tidak mengunakan set ini saja lah. Bestnya saya ni kan, dapat pakai almost semua produk yang Mary Kay ada. Since saya mahu rasa sendiri setiap produk. Supaya bila kita buat consultation pada customer, kita tahu apa yang sepatutnya customer rasa bila menggunakan satu satu produk. 

Produk Mary Kay ni banyak tau. Ada skincare, - Timewise Repair, Miracle, Botanical  Evo, Botanical Effect Formula 1,2,3, ada Melacep+, ada Clearproof, ada MKMEN, ada cosmetic dan juga rangkaian Body Spa! 

Tapi dalam banyak-banyak yang paling sesuai dengan kulit, umur dan keadaan saya adalah - Timewise Miracle set ini ... seperti di bawah

1.

Ini adalah pencuci ... 3 dalam 1. Formulasi nya tidak berbuih. Jadi pada permulaan penggunaan, memang rasa tak puas lepas cuci muka. Since kulit saya pun sejenis yang kering, saya rasa selesa bila pakai pencuci muka Timewise Normal to Dry (NTD). Tidak rasa tegang. Rasa fresh tetapi lembab.Formula untuk kulit berminyak  juga tidak berbuih.



Ini pula adalah Age Fighting Moisturiser. OK, macam dalam gambar ni ada explain juga kan apa kegunaannya. Nak share tentang texture nya. Ia agak creamy. Memang sesuai sangat untuk kulit dry macam saya. Yang untuk jenis Combination to Oily tu sudah semestinya akan kurang oily untuk balancekan hydrate dan oil. 


Day Solution : Ini adalah pelindung siang + serum untuk mencegah penuaan. 
Day solution ni adalah serum type protection. kerana ia adalah "serum type" ia memang agakk cair dan akan menyerap masuk ke dalam DERMIS. Kepada yang kulit sensitif dan agak nipis akan rasa tidak selesa. Macam saya rasa mula2 dulu. Tapi sekarang alhamduillah, lapisan kulit dah kembali - cukup .. hi hi hi.


Ini pula Night solution.
Sangat best untuk pudarkan garis halus. Untuk mengurangkan scar juga sangat elok. Sebab vitamin A, C , E yang terdapat di dalam Encapsulated Vitamin tu akan bantu utk rejuvenate kulit baru.Ia akan bekerja di waktu malam untuk perbaharuan kulit kita. 

Encapsulated Vitamin tu bermaksud, Vitamin tu masih dalam capsule-capsule kecil tu. (Nampak tak ada bintik bintik warna Biru, Merah dan putih ? Itulah capsule yang menyimpan vitamin di dalamnya. Kalau kita picit, capsule itu akan pecah dan keluarkan vitamin yang fresh dan tidak terdedah. Fresh gitu! hebatkan ?

Banyak lagi nak story tentang produk hebat ni! 

Esok kita tengokkan texturenya pula. Stay Tune :)

Love, 
Effa 


TIme

#pandangbelakang

I ve been reading my oldest post. 6 years back, since the first time I decided to start this blog. How much I miss those moment. Moment Nana and Alia was a small and tiny. And comel n busuk. Sekarang masih busuk. Rajin  menulis dulu. Tak macam sekarang. Sekarang mood selalu ke Laut.

Its Time.

To start over. 


Hobi Baru ; Bunga bunga Cinta


Assalamualaikum and Hi semua.

semenjak 2 menjak ni, hati terasa bunga-bunga. Dah lama minat dengan bunga Rose.. tapi baru sekarang ada kekuatan nak jaga dia. Rose bukan bunga sembarangan nak di jaga kan. Dia sensitif dan sangat mudah dijangkiti. Tak kena cara, mmg tak sampai la 2 minggu lah. Pernah juga dulu masa aku bujang (dalam umur belasan tahun macam tu, cuba utk jaga bunga rose. Sepokok je pun. Tak sampai berbunga, mati pokok tu. Sian pokok bunga rose pertama aku. 

Tapi Alhamdulilah, konon kirim kat sorang kawan, sebab dia ke Kundasang. Kirim 1, dapat 5 pokok rose. Hati berbunga2. weehhuu.. dan ini lah antara pokok yang selalu berbunga. hasil pemberian teman. dan dia juga la byk bantu n ajar macam mana nak jaga bunga bunga cinta ni.

Memang seronok je rasa sebab bila dah ada mini garden. ada sesuatu nak dilihat dan difikirkan. seronokkk.. cuba lahh..



Yang baby pink ni aku baru beli. Tambah koleksi.


Yang ini corak batik. Wangi dan bunga nya tahan lama ... 


Kalau dah berbunga dalam 3-5 hari, tengok2 dh melayu, cecepat la digunting. Lagi cepat lagi baik, sebab nak bagi pucuk baru naik. "bunga yang mekar, disunting la cepat2" :)


Ini Collection la sikit2. Tapi sekarang derang dah pindah tempat yang terbuka. Kalau baru turun dari tempat sejuk kan, jadi kena kasi sesuai kan dulu cuaca kt sini. Dah la tepi laut. Panas. hehe.. Terkejut bunga mak... 

Nanti kita story bunga lagi ye... tata :)